awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat beli-belah terbakar, dua disahkan maut di Bangkok

Agensi
Agensi
10/04/2019
15:21 MYT
Pusat beli-belah terbakar, dua disahkan maut di Bangkok
Pihak bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya dalam masa satu jam. - REUTERS
Sekurang-kurangnya dua maut manakala 16 lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bangunan Central World Complex di Bangkok, Thailand.
Bangunan Central World Complex yang mempunyai pusat beli-belah, pejabat dan hotel, ditutup buat sementara waktu, kata operator bangunan terbabit, Central Pattana.
Sebelum ini, Gabenor Bangkok Assawin Kwanmuang memberitahu tiga orang maut; seorang di tempat kejadian sementara dua lagi di hospital.
Laporan video media tempatan menunjukkan seorang mangsa terjun dari bangunan berkenaan.
Menurut pihak bomba, kebakaran bermula di bilik simpanan dokumen di tingkat lapan.
Bomba memberitahu api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa satu jam. Namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
Central World merupakan antara beberapa bangunan di Bangkok yang dibakar penunjuk perasaan semasa demonstrasi anti-kerajaan pada 2010.
Kebakaran itu berlaku di lokasi tarikan pelancong, hanya beberapa hari sebelum cuti Songkran dari 13 April hingga 15 April.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Central World Complex
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan