awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Charles jadi pengiring Meghan Markle pada majlis perkahwinan diraja

Agensi
Agensi
18/05/2018
09:33 MYT
Putera Charles jadi pengiring Meghan Markle pada majlis perkahwinan diraja
Pemilhan Charles (gambar) dibuat selepas bapa Markle, Thomas terpaksa menarik diri di saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan.
Pewaris diraja Britain, Putera Charles dilaporkan telah bersetuju untuk mengiringi bakal menantunya, Meghan Markle pada majlis perkahwinan pelakon itu dengan putera keduanya, Putera Harry Sabtu ini.
Pemilihan Charles dibuat selepas bapa Meghan, Thomas Markle terpaksa menarik diri di saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan.
"Meghan Markle telah memohon jasa baik Putera Charles untuk mengiringinya pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung di Quire of St George's Chapel itu," menurut satu kenyataan dikeluarkan pejabat Harry, di Istana Kensington.
“Prince of Wales (Putera Charles) bersetuju untuk mengalu-alukan kehadiran Markle ke dalam keluarga diraja dengan mengiringi Markle (pada majlis itu),” tambah kenyataan itu lagi.
Markle dan Harry akan berkahwin Sabtu ini di Gereja St. George, London. - Foto Istana Kensington
Markle dan Harry akan berkahwin Sabtu ini di Gereja St. George, London. - Foto Istana Kensington
Thomas Markle menarik diri dari menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan jantung awal minggu ini.
Markle dalam satu kenyataan sebelum ini turut mengesahkan, bapanya tidak dapat hadir.
Thomas Markle menarik diri dari menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan jantung awal minggu ini. - Foto fail agensi
Thomas Markle menarik diri dari menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan jantung awal minggu ini. - Foto fail agensi
Sementara itu, ibu Markle bakal menghadiri satu majlis minum the bersama nenda Harry, Permaisuri Elizabeth pada Jumaat.
Perkahwinan Harry-Markle dijangka ditonton oleh jutaan pengikut keluarga diraja Britain dari seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Britain
#diraja
#keluarga
#Meghan Markle
#perkahwinan
#Putera Charles
#Putera Harry
#Queen Elizabeth II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan