SEBELUM ini, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.

Berita berkenaan bukan sahaja menjadi topik bualan warga Britain, malah seluruh dunia tergamam dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk tidak menggalas tugas diraja dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kehidupan peribadi mereka.

Persoalan juga mula timbul dalam kalangan masyarakat mengenai kenapa pasangan itu membuat keputusan sedemikian? Bagaimana mereka akan bertahan dan apa reaksi ahli keluarga diraja British mengenai pengumuman itu?

Dengan pelbagai perkara yang berlaku di dalam dunia ketika ini, pasangan itu pada Isnin mengeluarkan kenyataan berhubung ‘pertukaran’ kehidupan mereka selaku bukan ahli keluarga diraja secara rasmi.

“Duke and Duchess of Sussex memilih untuk mengundurkan diri dalam masa terdekat, biarpun dunia kini berdepan dengan pandemik #COVID-19.

“Bagaimanapun, kami menyedari terdapat banyak persoalan berkaitan dengan masa depan mereka selepas tarikh akhir peralihan tersebut (31 Mac 2020)," jelas jurucakap pasangan itu.


Berikut merupakan antara beberapa perkara lain yang dijelaskan berkaitan pertukaran status mereka sebagai pasangan diraja.

Mereka masih sebahagian daripada keluarga diraja British, namun tidak boleh menggunakan gelaran diraja.

Pasangan itu tidak boleh menggunakan gelaran “diraja Sussex” dalam mana-mana badan amal, laman web dan akaun Instagram mereka.

Malah, Ratu Elizabeth juga melucutkan jawatan Harry selaku pemimpin khas ketenteraan kehormatannya.Harry dan Meghan juga tidak boleh mewakili mana-mana majlis atau acara selaku ahli keluarga diraja British.

Mereka akan mendapat sokongan daripada Putera Charles

Walaupun mereka telah berundur dari keluarga diraja British secara rasmi. Prince of Wales, Putera Charles dikhabarkan bersetuju untuk terus menyokong pasangan itu dari segi kewangan menerusi aset persendiriannya, Duchy of Cornwal, yang tidak jauh dari Burkingham Palace.

Malah, mereka dibenarkan menyimpan rumah mereka di estet Windsor di England dengan syarat mereka perlu membayar balik dana sebanyak £ 2.4 juta (sekitar RM 11.4 juta) yang digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Biarpun, pasangan itu telah menjelaskan bahawa mereka berhasrat untuk tinggal di Amerika Utara.

Pasangan itu akan menjana pendapatan sendiri

Menurut sumber, Harry dan Meghan telah mula bekerja untuk menjana pendapatan sendiri.

Harry dikhabarkan telah bekerjasama dengan bank Wall Street, dimana dia menjadi jurucakap mengenai isu kesihatan mental.

Meghan juga dikatakan telah menerima tawaran melakukan alih suara bagi sebuah filem terbitan Disney mengenai program perlindungan gajah di Botswana.

Kedua-dua mereka dikatakan akan banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan isu sedemikian.