Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn menaiki takhta pada Khamis selepas menerima jemputan secara rasmi daripada Dewan Perundangan Kebangsaan (Parlimen) untuk menjadi Raja Thailand yang baharu.
Putera Mahkota itu, 64, kini bergelar Raja Rama X atau Raja ke-10 Dinasti Chakri, menggantikan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej, 89, yang mangkat genap 50 hari lalu pada 13 Oktober.
Gelaran baru secara rasmi baginda ialah Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, menurut kenyataan oleh Jabatan Perhubungan Awam.
"Beta menerima jemputan itu untuk memenuhi hasrat mendiang Raja dan bagi manfaat semua rakyat Thailand," titahnya ketika menerima jemputan daripada Parlimen untuk menjadi Raja.
Pengangkatan baginda menaiki takhta secara rasmi disempurnakan selepas menerima jemputan yang disampaikan oleh Parlimen untuk baginda diisytiharkan sebagai Raja yang baharu pada istiadat penghadapan Khamis malam, kata Presiden Parlimen Pornpetch Witchitcholchai dalam ucapan menerusi televisyen semalam.
Turut hadir pada istiadat itu yang berlangsung di Dewan Ampornsathan dan disiarkan menerusi stesen-stesen televisyen negara itu, ialah Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha, pemangku raja yang juga bekas Ketua Majlis Penasihat Raja, Jen Prem Tinsulanonda dan Hakim Mahkamah Agung Weeraphol Tangsuwan.
Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen, Prayut mengisytiharkan bahawa Thailand mempunyai seorang raja baharu menggantikan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan pemerintahannya bermula pada 13 Oktober, hari ayahandanya, Raja Rama ke-9 mangkat.
Istiadat penghadapan pada Khamis untuk secara rasmi menjemput Putera Mahkota menjadi Raja baharu ialah susulan sesi khas Parlimen dua hari lepas apabila parlimen mengandungi 250 anggota mengesahkan pengangkatan baginda untuk menaiki takhta menurut perlembagaan.
Parlimen mengesahkan pengangktan Putera Mahkota sebagai raja selepas kabinet yang dipengerusikan oleh Prayut mengeluarkan pemberitahuan secara rasmi mengenai pengangkatan baginda menaiki takhta susulan mesyuarat khas di Rumah Kerajaan.
Istiadat pertabalan rasmi Raja Rama X dijangka diadakan selepas upacara kremasi diraja, mungkin lewat tahun depan, menurut Prayut.
Raja baharu itu, yang diputerakan pada 28 Julai, 1952 di Ambara Villa, Bangkok ialah yang kedua daripada empat cahaya mata mendiang Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, dan satu-satunya putera tunggal.
Baginda telah dinamakan oleh mendiang Raja Bhumibol sebagai pewaris takhta pada 28 Disember 1972 ketika berusia 20 tahun.
Raja Rama X mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Chitralada di Bangkok dan kemudian melanjutkan pengajian di kolej swasta di United Kingdom dan Australia.
Oleh kerana mempunyai minat yang mendalam dalam hal ehwal ketenteraan, baginda memasuki dan lulus dari Royal Military College of Duntroon di Canberra dan New South Wales University dalam jurusan pengajian ketenteraan.
Sebagai seorang pegawai tentera dengan Tentera Diraja Thai sejak 1975, baginda juga menjalani latihan bersama-sama anggota tentera dari Australia, Britain dan Amerika Syarikat.
Menurut media tempatan, pada tahun-tahun 1970-an sebagai pegawai muda tentera dalam Tentera Diraja Thailand, baginda sendiri mengetuai kempen menentang komunis di bahagian Utara dan Timurlaut negara itu.
Baginda juga ialah seorang juruterbang yang berkelayakan dan mampu menerbangkan jet pejuang serta pesawat pengangkut. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016
Gelaran baru secara rasmi baginda ialah Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun. - Foto AFP
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan beli vaksin COVID-19 alternatif
Pengumuman di Royal Gazette pada Selasa ditandatangani oleh adik bongsu Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Chulabhorn.
Raja Thailand panggil ulama Islam doa 'tolak COVID-19', tular tapi tidak benar
Video itu sebenarnya menunjukkan Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida mempengerusikan pertandingan membaca al-Quran tahunan pada tahun 2020.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Thailand paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai pemerintah paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.
Protes Thailand: Siapa pilihan Berlin... pro demokasi atau pro monarki?
Usaha penunjuk perasaan di Bangkok memperjuangkan demokrasi diteruskan apabila mereka berarak ke konsulat Jerman, malam Isnin.
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Bangkok selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengabaikan permintaan mereka.
Protes mega Thailand: Ini apa anda perlu tahu
Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menamatkan perintah darurat di Bangkok pada Khamis.
Plak pro-demokrasi Thailand hilang sehari selepas dipasang
Plak tersebut melambangkan tuntutan protes supaya pembaharuan radikal dilaksanakan terhadap sistem monarki negara itu.
Raja Thailand bebaskan bekas peneman diraja dari penjara
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn kini dilaporkan sudah memberikan pengampunan ke atas bekas peneman dirajanya, Sineenat Wongvajirapakdi dan menerbangkannya ke Jerman untuk menyertai semula barisan gu