awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin kecewa Trump batalkan persidangan dengan Korea Utara

Agensi
Agensi
24/05/2018
23:03 MYT
Putin kecewa Trump batalkan persidangan dengan Korea Utara
Putin (gambar) berkata, dunia sebelum ini meletakkan harapan pertemuan Trump dengan Kim Jong-un pada sidang kemuncak itu boleh membawa satu perubahan dalam geo-politik antarabangsa. - AP
Presiden Rusia, Vladimir Putin kesal dengan keputusan Presiden Donald Trump membatalkan Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-Korea Utara.
Tegas Putin, dunia sebelum ini meletakkan harapan pertemuan Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada sidang kemuncak itu boleh membawa satu perubahan dalam geo-politik antarabangsa.
Ini termasuk permulaan kepada rundingan untuk membebaskan semenanjung Korea daripada ancaman serangan nuklear.
BACA: Trump batalkan persidangan dengan Korea Utara
"Kami melihat keputusan ini dengan satu kekecewaan. Sebelum ini kami benar-benar berharap langkah signifikan dibuat untuk mengurangkan ketegangan di semenanjung Korea, malah menjadi permulaan kepada usaha membubarkan program nuklear," tegas Putin, di sebalik Forum Ekonomi Antarabangsa yang berlangsung di St. Petersburg.
Pembatalan sidang berkenaan diumumkan Trump pada Khamis.
Menerusi satu surat yang dihantar kepada pemimpin Korea Utara itu, Trump berkata keputusan itu dibuat kerana beliau merasakan Jong-Un meluahkan kemarahan yang melampau dalam kenyataan yang dibuat baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Korea Utara
#nuklear
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan