awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Abdullah akui enggan warisi takhta kerajaan Jordan, sehinggalah...

Shafizan Johari
Shafizan Johari
31/03/2019
03:08 MYT
Raja Abdullah akui enggan warisi takhta kerajaan Jordan, sehinggalah...
Baginda mengakui pernah menjalani kehidupan seperti rakyat kebanyakan sebagaimana anggota tentera yang lain. -Youtube @60 Minutes Australia
RAJA Jordan, Raja Abdullah II mengakui enggan menerima takhta kerajaan apabila ditawarkan almarhum ayahanda baginda, Raja Hussein beberapa minggu sebelum kemangkatannya pada 1999.
Menerusi temu bual eksklusif bersama 60 Minutes terbitan Nine Network Australia, Raja Abdullah bertitah takhta kerajaan Jordan itu sepatutnya diserahkan kepada ayahanda saudara baginda, Putera Hassan, yang ketika itu merupakan pewaris takhta.
Namun sebaliknya perkara berkenaan berubah sebaik sahaja almarhum ayahanda baginda pulang selepas rawatan di luar negara.
"Ketika ayahanda titahkan supaya takhta ini diserahkan kepada beta, beta pada mulanya enggan menerimanya.
"(Almarhum) baginda (Raja Hussein) kemudian bertitah, ini (keengganan untuk mewarisi takhta) merupakan sebab ayahanda beta benar-benar mahu mewariskan takhta berkenaan kepada beta.
"Beta langsung tidak berminat untuk menaiki takhta. Ia merupakan tugasan, tanggungjawab yang sungguh berat, malah beta lihat betapa ia memberi kesan kepada (almarhum) ayahanda beta," titah baginda dalam temu bual berkenaan.
Sebelum menaiki takhta, Raja Abdullah merupakan Komander Pasukan Khas Angkatan Tentera Jordan.
Baginda mengakui pernah menjalani kehidupan seperti rakyat kebanyakan sebagaimana anggota tentera yang lain.
Raja Abdullah kini antara pemimpin dunia Arab yang paling lama memerintah dan merupakan antara ikon tersohor sehingga dinamakan sebagai "Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" pada 2016.
Baginda dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Permaisuri Rania, yang berketurunan Palestin.
Topic Berkaitan
#Abdullah II bin Al-Hussein
#Allahuakbar
#Amman
#Hashemite
#Islam
#Jordan
#Kalimah Allah
#King Abdullah
#King Abdullah II
#kings and queen
#Palestin
#Palestine
#Queen Rania
#raja abdullah
#raja-raja
#Rania
#royalty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan