RAJA Oman, Sultan Qaboos Said al-Said mangkat di usia 79 tahun pada Sabtu.

Baginda sebelum ini disahkan menghidap kanser usus dan tidak muncul di khalayak selepas menjalani rawatan di Jerman pada 2015.

Sultan Qaboos memerintah negara Teluk Arab itu selepas rampasan kuasa pada tahun 1970.

Baginda tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak mahupun adik beradik lain.

Setakat ini, tiada pengumuman dibuat mengenai siapa pengganti baginda.

Berdasarkan Undang-undang 1996, keluarga diraja berhak memilih pengganti Sultan Qaboos dalam masa tiga hari selepas kekosongan takhta.

Jika gagal berbuat demikian, majlis pegawai ketenteraan dan keselamatan,dan ketua-ketua undang-undang tertinggi akan menamakan individu yang dipilih sultan melalui surat rahsia.