Berita  | Dunia

Rakam aksi cabul gadis bawah umur, pemilik laman web lucah berbayar dicekup polis

Rakam aksi cabul gadis bawah umur, pemilik laman web lucah berbayar dicekup polis
Nonthakorn (kanan) ditahan di balai polis Pratunam Chulalangkorn di daerah Thanyaburi, Pathum Thani. - Foto: Bahagian Pencegahan Jenayah Thailand
THANYABURI: Polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah Thailand pada Ahad berjaya menangkap seorang pemilik dan pengendali sebuah laman web kandungan lucah berbayar selepas dia didapati melakukan pencabulan seksual ke atas seorang perempuan bawah umur.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, sewaktu mencabul budak perempuan yang berusia kurang daripada 15 tahun itu, suspek juga telah merakam aksi tersebut secara tersembunyi.

Media tempatan melaporkan, suspek tersebut, Nonthakorn Kiripkakorn, 29, melakukan perbuatan itu sebagai persiapan memproses rakaman itu menjadi kandungan berbayar untuk dilanggan ahli-ahli berdaftar di laman web tersebut.

Nonthakorn ditahan di balai polis Pratunam Chulalangkorn di daerah Thanyaburi, Pathum Thani.

Suspek diletakkan dalam senarai dikehendaki pihak polis, dengan waran tangkapnya dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Min Buri pada 25 September, atas kesalahan mencabul kehormatan gadis bawah umur.

Menurut polis, suspek pada awalnya memujuk gadis itu untuk melakukan hubungan seks dengannya dan menggunakan kamera terembunyi untuk merakam aksi tersebut, sebelum dimuat naik ke dalam laman web kendaliannya.

Laman web yang mempunyai kategori langganan ‘VIP’ itu mengenakan bayaran secara bulanan dan tahunan antara 150-1,000 Baht (RM20 hingga RM138) untuk kandungan berupa klip video.

Thailand adalah antara beberapa negara di Asia Tenggara yang sering berdepan dengan masalah eksploitasi melampau kanak-kanak bawah umur bagi tujuan seks.


Tag: thailand, gadis bawah umur, cabul kehormatan, aksi seksual, laman web lucah, kandungan berbayar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.