Berita  | Dunia

Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan

Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan
Menurut pegawai kesihatan Thailand, kesemua 13 mangsa mengalami kesusutan berat badan dan dua daripada remaja itu mengalami jangkitan paru-paru.
CHIANG RAI: Rakaman 12 remaja lelaki bersama jurulatih mereka yang kini dirawat di hospital Chiang Rai didedahkan kerajaan Thailand kepada media.

Rakaman didedahkan pada Rabu menunjukkan mereka di tempatkan di dalam sebuah wad.

Menurut pegawai kesihatan Thailand, kesemua 13 mangsa mengalami kesusutan berat badan dan dua daripada remaja itu mengalami jangkitan paru-paru.
Bagaimanapun, kesemua mereka telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Pasukan bola sepak yang menggelarkan diri mereka ‘Wild Boar’ terperangkap di dalam gua Tham Luang sejak 23 Jun lalu bersama jurulatih mereka.

Mereka akhirnya berjaya diselamatkan dengan kerjasama pakar antarabangsa dan pasukan tentera laut Thailand SEAL.

BACA: 'Mujur ada Adul', mangsa gua Tham Luang disanjung kerana fasih bahasa Inggeris

BACA: Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang