Tutup

Berita  | Dunia

Rakaman pengebom berani mati di Baluchistan didedah

Rakaman pengebom berani mati di Baluchistan didedah
Menurut Menteri Perumahan wilayah Baluchistan, Sarfaraz Bugti, salah seorang suspek terbunuh di pintu gereja manakala seorang lagi maut di dalam gereja.
BALUCHISTAN: Polis Baluchistan di Pakistan mengeluarkan rakaman kamera litar tertutup yang dirakam pada Ahad menunjukkan dua pengebom berani mati yang melancarkan serangan di sebuah gereja di sana.

Dalam kejadian itu, sembilan termasuk dua pengebom itu maut manakala lebih 50 mangsa tercedera.

Menurut Menteri Perumahan wilayah Baluchistan, Sarfaraz Bugti, salah seorang suspek terbunuh di pintu gereja manakala seorang lagi maut di dalam gereja.

BACA: Lapan maut, 45 cedera serangan pengebom bunuh diri di gereja Quetta
Ketika kejadian ratusan penganut Kristian sedang berada di dalam gereja sebelum suspek bertempur dengan pasukan keselamatan.

Kejadian ini merupakan serangan pertama yang dilancarkan oleh sekutu kumpulan Daish ke atas sebuah gereja.