Rakyat Jerman melahirkan rasa berang apabila mengetahui Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) membuat intipan ke atas canselor mereka Angela Merkel.

NSA dikatakan mengintip telefon bimbit Merkel.

Sebaik sahaja perkara itu bocor, Menteri Luar Jerman memanggil duta Amerika ke Berlin bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenainya.

Merkel sendiri menyifatkan tindakan itu tidak boleh diterima sama sekali.

Di kalangan rakyat Jerman pula mereka menggunakan platform media sosial untuk melahirkan kemarahan mengenai tindakan NSA itu.

Laporan majalah Der Spigel mendedahkan telefon bimbit Merkel diintip NSA sejak 2002 lagi.

Ia mendakwa ada dokumen sulit NSA yang antara lain menunjukkan nombor telefon Merkel terdapat dalam senarai agensi berkenaan bermula 2002, sebelum Merkel menjadi Canselor.

Malah NSA kekal menyenaraikan nombor berkenaan untuk dipantau sehingga tahun ini.

Semasa era perang dingin, Jerman menandatangani persetujuan kerjasama perisikan dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.

Namun warga Jerman berkata .apabila masa berlalu, perjanjian itu tidak boleh terpakai lagi tambahan pula ia membabitkan seorang ketua kerajaan.