Berita  | Dunia

Rashida lakar sejarah jadi wanita Islam pertama di Kongres AS

Rashida lakar sejarah jadi wanita Islam pertama di Kongres AS
Rashida Tlaib, 42 tahun yang asalnya seorang pendatang berketurunan Palestin memenangi kerusi utama parti demokrat yang juga kerusi selamat di Detroit. - Foto AP
DETROIT: Seorang peguam telah melakar sejarah kerana menjadi wanita Islam pertama menduduki kongres Amerika Syarikat.

Rashida Tlaib, 42 tahun, yang asalnya seorang imigran berketurunan Palestin memenangi kerusi utama parti demokrat yang juga kerusi selamat di Detroit.
Rashida menang dengan menewaskan lima calon dari demokrat pada pemilihan awal di Detroit.

Dengan tiada calon Republikan atau pihak ketiga, Rashida akan mulai bertugas di dewan perwakilan  selepas pilihan raya pertengahan penggal November ini.

Memetik laporan antarabangsa, Rashida menyifatkan pemilihan itu sebagai mesej bahawa penuduhan retorik Presiden Donald Trump adalah tidak berasas.

“Pemilihan ini adalah satu mesej buat seluruh dunia bukan sahaja di negara ini. Walaupun tuduhan retorik Donald Trump yang tidak berasas, masih ada masyarakat yang meraikan agama Islam,” katanya.

Rashida merupakan antara beberapa calon wanita beragama Islam dan beratus-ratus wanita yang bertanding dalam pilihan raya tahun ini dengan kebanyakannya mewakili parti demokrat.