awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu cantik dedah wajah setelah disimbah asid bekas teman lelaki

Gempak
Gempak
21/04/2017
06:28 MYT
Ratu cantik dedah wajah setelah disimbah asid bekas teman lelaki
Menurut sumber, Tavares bertindak mencurah asid ke muka Gessica adalah kerana tidak puas hati dan cemburu dengan bekas teman wanitanya itu.
SEORANG ratu cantik dari Itali telah mendedahkan wajahnya di televisyen buat pertama kali setelah disimbah asid oleh bekas teman lelakinya.
Gessica Notaro, 27, telah ditemu bual menerusi satu program televisyen iaitu Canale 5's Maurizio Costanzo.
Gessica yang juga bekerja di sebuah pusat akuarium di bandar Rimini bertemu dengan bekas kekasihnya sejak tiga tahun lalu dan mereka bekerja di tempat yang sama.
Dia dan bekas teman lelakinya, Tavares, telah berpisah pada Ogos 2016. Sejak itu, Tavares dikatakan cemburu dengan Gessica dan sering mengekorinya.
Menurut sumber, Tavares bertindak mencurah asid ke muka Gessica adalah kerana tidak puas hati dan cemburu dengan bekas teman wanitanya itu.
Turut berkongsi tentang kejadian malang yang menimpa dirinya itu, Gessica berkata dia masih dalam keadaan trauma sehingga takut untuk keluar rumah.
”Sewaktu dia mencurahkan asid ke muka saya, saya melutut dan berdoa supaya mata saya tidak buta.
”Saya juga telah dikurung selama dua bulan di dalam hospital dan hanya boleh bercakap dengan ibu saya menerusi tingkap cermin,” kata Gessica yang berkongsi pengalaman ngerinya kepada penonton.
Finalis pertandingan Miss Italy 2007 itu kini dalam proses pemulihan wajah dan dia terpaksa membelanjakan keseluruhan wang simpanannya untuk rawatan.
Setelah kejadian itu, kehidupan Gessica kini berubah seratus peratus kerana dia tidak lagi boleh melakukan segala aktiviti yang dilakukan sebelum ini termasuk pekerjaannya.
Gessica Notaro
Gessica Notaro
Gessica Notaro
Gessica Notaro
Gessica Notaro
Gessica Notaro
Sumber : Dailymail.co.uk Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
#Gessica Notaro
#Hospital
#Itali
#ratu cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan