awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth cari pegawai media sosial, gaji RM20,000 sebulan

Agensi
Agensi
23/12/2019
04:07 MYT
Ratu Elizabeth cari pegawai media sosial, gaji RM20,000 sebulan
Istana Buckingham menawarkan gaji yang cukup tinggi untuk mengendalikan laman sosial mereka. - Gambar fail
MEDIA sosial hari ini digunakan segenap lapisan masyarakat, dari kerabat diraja sehinggalah orang kebanyakan.
Lihat sahaja di Malaysia, bagaimana Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, cukup aktif di laman sosial yang sekali gus mendekatkan baginda dengan rakyat jelata.
Di England juga tidak kurang hebatnya apabila Istana Buckingham menawarkan gaji yang cukup tinggi untuk mengendalikan laman sosial mereka sekaligus bekerja secara dekat dengan Ratu Elizabeth.
Menurut iklan di laman LinkedIn, tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan, dengan tangga gaji antara £45,000 (RM242,625) - £50,000 (RM269,583) setahun.
Ini bermakna, mereka yang terpilih akan diberi gaji ... sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.
Antara kelayakan yang diperlukan ialah kemahiran paling tinggi dalam komunikasi digital, kreatif serta berpengalaman mengendalikan laman sosial berprofil tinggi untuk mana-mana individu atau organisasi.
Turut dinyatakan adalah faedah yang akan diterima seperti cuti tahunan 33 hari setahun, skim pencen dan makan tengah hari percuma.
Akaun media sosial keluarga diraja Britain itu kini memiliki 6.9 juta pengikut di Instagram, kira-kira 5 juta pengikut di Facebook dan 4.1 pengikut di Twitter.
Topic Berkaitan
#Britain
#Facebook
#Instagram
#ketua jabatan digital
#komunikasi digital
#laman sosial
#media sosial
#Ratu Elizabeth
#skim pencen
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan