RATU Elizabeth II dilihat membuat kemunculan awam pada Ahad buat pertama kalinya sejak perintah berkurung di Britain dikuatkuasakan bagi mengatasi wabak COVID-19.

Baginda dilihat menunggang kuda yang diberi nama Fell Pony yang berusia 14 tahun di kediamannya di Windsor Castle.

Kawasan Windsor adalah lokasi kegemaran Baginda, yang juga dikenali merupakan seorang pencinta kuda.

Kali terakhir Ratu Elizabeth II dilihat dikhalayak ramai adalah ketika Baginda dibawa dari Istana Buckingham di London ke kediamannya di Windsor.

Queen Elizabeth II, rides, Pony, Windsor

Sejak penampilan terakhirnya, Baginda menunda tugas-tugas rasmi dan telah melakukan mesyuarat mingguannya dengan Perdana Menteri UK Boris Johnson melalui panggilan video.

Baginda juga membuat dua kemuculan di televisyen sebelum ini dalam memberi ucapan kepada masyarakat tentang kebimbangan tentang COVID-19.


Queen Elizabeth II, rides, Pony, Windsor