awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan beristirahat di pantai, tidak peduli risiko COVID-19

Agensi
Agensi
04/07/2020
05:25 MYT
Ratusan beristirahat di pantai, tidak peduli risiko COVID-19
Ratusan orang memenuhi pantai pada Jumaat di Orange County, California selepas pantai itu dijadualkan tutup pada hujung minggu. - Gambar AP
Kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini semakin menghampiri angka tiga juta namun rakyat negara itu seolah-olah tidak peduli dengan peningkatan kes hari demi hari.
Musim panas di California membuatkan ramai penduduk mengambil peluang beristirahat di pantai meskipun pandemik itu masih tidak menunjukkan tanda pengurangan di AS.
Ratusan orang memenuhi pantai pada Jumaat di Orange County, California selepas pantai itu dijadualkan tutup pada hujung minggu, lapor AP.
Penutupan pantai bermula pada Jumaat dari Los Angeles County ke utara melalui daerah Ventura dan Santa Barbara.
Di selatan Orange County, pantai popular seperti Huntington dan Newport akan ditutup pada Sabtu dan Ahad namun pantai San Diego tidak merancang untuk berbuat demikian.
Di utara California, banyak pantai telah dibuka tetapi tempat letak kenderaan dihadkan untuk mengurangkan kedatangan ramai orang.
Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan COVID-19 setakat pagi Sabtu mencecah 11.03 juta kes.
AS kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.79 juta kes.
Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.54 juta kes. Jangkitan di Rusia pula melepasi 666,000 kes.
Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 625,000 kes dan Peru dengan 295,000 kes.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Brazil
#California
#India
#Johns Hopkins University
#koronavirus
#Los Angeles
#pandemik
#rakyat
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan