awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan beruang koala mati dalam kebakaran hutan di Australia

Agensi
Agensi
11/11/2019
04:39 MYT
Ratusan beruang koala mati dalam kebakaran hutan di Australia
KOMPAS.com melaporkan seekor beruang koala dirawat di hospital di New South Wales, Australia, setelah habitatnya di Lake Innes Nature Reserve terbakar.
Kebakaran hutan yang melanda New South Wales dan Queensland, Australia, bermula Jumaat lalu dijangka akan berlarutan sehingga esok.
Sekurang-kurangnya tiga mangsa dilaporkan maut manakala 30 cedera dan ada yang gagal dikesan.
Situasi itu bukan hanya mengancam nyawa penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, tetapi turut mengorbankan ratusan beruang koala.
Menurut laporan The Guardian, di New South Wales, sebanyak 150 buah rumah hangus terbakar.
Api merebak sehingga ke 72 titik panas di New South Wales, sebanyak 36 belum berjaya ditangani. Sementara di Queensland, terdapat sekitar 51 titik panas.
Dalam pada itu, menurut laporan The Sydney Morning Herald, sekitar 350 ekor beruang koala di Lake Innes Nature Reserve turut terkorban.
Menurut Presiden Konservasi Koala Australia, Sue Ashton, setakat ini, hanya 16 ekor sahaja beruang koala yang berjaya diselamatkan.
Kebakaran hutan itu disifatkan sebagai yang terbesar yang pernah berlaku di Australia.
Topic Berkaitan
#API
#Australia
#beruang koala
#hilang tempat tinggal
#hutan
#kebakaran
#kebakaran hutan
#Lake Innes Nature Reserve
#New South Wales
#Queensland
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan