awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan kanak-kanak, pemuda dikurung dan didera di asrama

Agensi
Agensi
15/10/2019
22:26 MYT
Ratusan kanak-kanak, pemuda dikurung dan didera di asrama
Pihak polis kini sedang mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan menghubungi keluarga mereka untuk dibawa pulang. - Gambar REUTERS
Ratusan kanak-kanak dan pemuda diselamatkan oleh pihak berkuasa Nigeria selepas dipercayai dikurung dan didera di sebuah sekolah berasrama Islam di Katsina, utara Nigeria.
Perbuatan keji itu terbongkar selepas beberapa mangsa berjaya melarikan diri dari kurungan tersebut, pada Ahad lalu.
Menurut polis Katsina, Sanusi Buba, kesemua mangsa dirantai dan diseksa dengan kejam di asrama tersebut.
Malah tidak hanya mendera, Buba berkata, beberapa pelajar turut mendedahkan mereka diliwat oleh guru mereka.
“Kami difahamkan penghuni di sini lebih 300 dan kerana layanan tidak berperikemanusiaan, beberapa penghuni melarikan diri.
“Kira-kira 60 daripada mereka masih tinggal di situ,” katanya seperti dilapor media antarabangsa.
Difahamkan, pengasas asrama tersebut yang berusia 78 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas melarikan diri ketika serbuan.
Pihak polis kini sedang mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan menghubungi keluarga mereka untuk dibawa pulang.
Pelajar-pelajar didaftar di sekolah asrama tersebut oleh keluarga masing-masing bagi mempelajari Al-Quran dan dirawat disebabkan pengambilan dadah dan penyakit lain.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Dadah
#dera
#Islam
#Kanak-kanak
#liwat
#Nigeria
#perikemanusiaan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan