Berita  | Dunia

AS rekod 73 lagi kes campak

AS rekod 73 lagi kes campak
Amerika Syarikat merekodkan 73 kes baharu melibatkan wabak campak dan sebahagian kes melibatkan New York.
AMERIKA SYARIKAT: Amerika Syarikat (AS) merekodkan 73 kes baharu melibatkan wabak campak sekali gus menunjukkan peningkatan 13 peratus dalam masa dua dekad, lapor pegawai kesihatan persekutuan negara itu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), data penyakit berjangkit terbaharu mencapai angka 626 kes di 22 buah negeri sehingga April.
Terbaharu, CDC merekodkan sebanyak 55 kes di 20 buah negeri antara Januari hingga April dan angka itu dilihat melepasi bilangan kes yang dilaporkan pada tahun 2014.

Iowa dan Tennessee merupakan dua negeri baharu yang disenaraikan oleh CDC berkaitan wabak campak.

Sebahagian besar kes yang dilaporkan pada tahun ini tertumpu di New York terutamanya di Williamsburg, di kejiranan Brooklyn.

Dalam pada itu, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) minggu lalu melaporkan wabak campak yang kini menjadi isu global itu meningkat hampir empat kali ganda pada suku tahun pertama 2019 kepada 112,163 kes.

Meskipun dengan jumlah peningkatan yang telah direkodkan, kumpulan penduduk di pinggiran AS masih menentang penggunaan vaksin di sebalik bukti saintifik yang mendakwa bahan di dalam suntikan itu boleh menyebabkan autism dan pelbagai lagi gangguan akut.

Tag: campak, Amerika Syarikat, iowa, cdc, new york, brooklyn


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.