Kerajaan Itali menggesa golongan muda supaya memakai pelitup muka, kekal menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.

Ia susulan daripada lonjakan kes COVID-19 di negara itu dengan 845 lagi kes dilaporkan pada Khamis, yang juga tertinggi sejak pertengahan Mei.

Itali adalah negara pertama di Eropah yang terkesan akibat COVID-19 dengan kebanyakan kes melibatkan orang tua.

Hospital di bahagian utara dipenuhi dengan pesakit dan tidak mempunyai katil yang mencukupi di unit rawatan rapi.

Setakat ini, lebih 35,000 orang disahkan terkorban akibat virus itu dan telah mencatatkan lebih satu per empat juta jumlah jangkitan.

Menurut Kementerian Kesihatannya, rata-rata usia bagi individu terkesan akibat wabak itu telah menurun dari usia 60-an kepada usia 40-an.

Selain itu, Itali telah meningkatkan ujian saringan yang mana sebanyak 77,000 ujian dilakukan pada Khamis.