Berita  | Dunia

Remaja 17 tahun dalang pelacuran kanak-kanak diberkas

Remaja 17 tahun dalang pelacuran kanak-kanak diberkas
Seorang remaja ditahan atas dakwaan mengendalikan sindiket pelacuran dalam talian dengan mengeksploitasi kanak-kanak. -Gambar hiasan/Reuters
JAKARTA: Seorang remaja ditahan atas dakwaan mengendalikan sindiket pelacuran dalam talian dengan mengeksploitasi kanak-kanak.

Remaja 17 tahun yang dikenali sebagai EGR itu diberkas dalam satu operasi di utara Jakarta pada 10 pagi Khamis lalu.

“Kami menjalankan operasi selepas mendapat aduan daripada unit siber bahawa suspek mengendalikan khidmat pelacuran menerusi akaun Facebook menggunakan nama 'Tasya Ayusari'," kata ketua Unit Siasatan Jenayah Tanjung Priok, Moh Faruk Rozi pada Ahad.

Dalang sindiket itu diberkas selepas penyiasat yang menyamar sebagai klien ditawarkan pelacur berusia 15 tahun dengan harga Rp4 juta (kira-kira RM1,150).

EGR ditahan sejurus transaksi dibuat selepas mangsa dibawa ke hotel.

“Suspek beroleh Rp500,000 (kira-kira RM145) bagi setiap tempahan pelacur kanak-kanak,” kata Faruk.

Mengikut undang-undang Indonesia, remaja itu berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.



Tag: sindiket pelacuran, pelacuran kanak-kanak, eksploitasi kanak-kanak, Remaja 17 tahun, EGR, tempahan pelacur kanak-kanak, hukuman penjara sehingga 15 tahun, Tasya Ayusari, Moh Faruk Rozi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.