awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja China lumpuh dari pinggang ke bawah selepas main 'online game' 20 jam tanpa henti

Agensi
Agensi
01/02/2018
10:56 MYT
Remaja China lumpuh dari pinggang ke bawah selepas main 'online game' 20 jam tanpa henti
Keseluruhan insiden itu telah dirakam oleh seorang pengguna telefon pintar yang kemudian ditularkan di media sosial. - YouTube: Waseem Khizer
Seorang remaja lelaki di China mengalami kelumpuhan dari paras pinggang ke bawah setelah bermain permainan atas talian di kafe internet selama lebih 20 jam tanpa henti.
Portal DailyMail.co.uk yang memetik laman QQ.com melaporkan, remaja yang dirahsiakan identitinya itu sedang asyik bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet di Jiaxing, wilayah Zhejiang.
Dia mula bermain pada Sabtu (27 Januari 2018) dan terus bermain sehingga siang hari Ahad (28 Januari). Ketika hendak menuju ke tandas, dia menyedari bahawa kakinya tidak boleh digerakkan, malah anggota di bahagian bawah tubuhnya tidak dirasakan sama sekali.
Keadaan itu membuatkan rakan remaja tersebut panik, memandangkan temannya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda aneh sewaktu bermain permainan berkenaan dengannya.
“Dia seolah-olah hilang upaya secara tiba-tiba. Tiada pancaindera rasa. Tidak bergerak sama sekali. Maka, kami terus menghubungi ambulans,” ujarnya.
Sejurus ambulans tiba, pegawai paramedik segera mengangkat remaja itu dari kerusi dan di baringkan atas tandu untuk dikejarkan ke hospital.
Lucunya, sebelum meninggalkan tempat itu, remaja itu sempat berpesan kepada rakannya untuk menyambung permainan yang dia terpaksa tinggalkan tersebut.
Keseluruhan insiden itu telah dirakam oleh seorang pengguna telefon pintar yang kemudian ditularkan di media sosial.
Ketagihan permainan atas talian menjadi suatu fenomena dahsyat di negara China, dengan kebanyakan remaja sanggup keluar rumah, ponteng sekolah dan meninggalkan kehidupan sosial hanya untuk bermain permainan kegemaran mereka.
Topic Berkaitan
#China
#lumpuh
#main game
#online game
#permainan atas talian
#remaja lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan