awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja disahkan mati, menangis saat mahu dikebumi

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2019
16:54 MYT
Remaja disahkan mati, menangis saat mahu dikebumi
Gandham Kiran, 18, dilaporkan koma minggu lalu selepas mengalami hepatitis teruk. - Gambar Sinar Harian/Daily Mail
Seorang remaja dari India yang diisytihar mati otak oleh doktor hidup kembali saat ahli keluarga membuat persiapan untuk pengebumiannya.
Gandham Kiran, 18, dilaporkan koma minggu lalu selepas mengalami hepatitis teruk.
Keluarganya diberitahu pelajar dari Pillalamarri, Telangana itu akan terus berada dalam keadaan vegetatif dan tidak mempunyai peluang untuk hidup.
Namun, ibu remaja terbabit bernama Saidama yang selesai membalut mayat Kiran dengan kain terperanjat apabila melihat air mata anak lelakinya mengalir.
"Saya terkejut dan segera memberitahu saudara-mara yang kemudian menghubungi doktor.
"Kami diberitahu bahawa nadi anak saya masih ada dan bersyukur kerana alat bantuan pernafasan masih belum ditanggalkan," kata Saidama kepada Hindustan Times.
Menurut Saidama, dia mahu anak lelakinya menghembuskan nafas terakhir di kampung, oleh itu Kiran dibawa pulang bersama sistem sokongan hayat.
Tiga hari selepas Kiran hidup semula dia mula bercakap dan kini sedang menerima rawatan doktor.
- Daily Mail
Topic Berkaitan
#Gandham Kiran
#hepatitis
#menangis saat dikebumi
#Saidama
#Telangana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan