Seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas.

Difahamkan, Ahmed, seorang pelajar yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, membawa jam berkenaan ke sekolah pada Selasa untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru kelas.

Tetapi, situasi menjadi buruk apabila guru berkenaan menghubungi pihak polis selepas mengesyaki jam itu mempunyai bahan yang berbahaya.

Walaupun Ahmed memberi penjelasan bahawa ia bukan sebarangan bahan senjata, namun guru berkenaan tidak mempercayai penjelasan pelajar berusia 14 tahun itu.

Susulan kejadian itu, media sosial kini dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #IStandwithAhmed.

#IStandwithAhmed kini merupakan antara isu paling trending di media sosial, dan insiden itu telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Kebanyakan netizen mengkritik tindakan pihak sekolah berkenaan serta menyelar insiden itu sebagai satu tindakan rasis dan mempromosi ‘Islamophobia’.

Mereka berpendapat insiden seperti itu sungguh memalukan, malah perbuatan rasis tidak sepatutnya berlaku di bangku sekolah,







Insiden itu juga menarik perhatian beberapa golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan sekaligus membuka pintu kepada pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan, peluang internship di beberapa syarikat teknologi terkenal.

GALERI FOTO: Ahmed Mohamed ditangkap gara-gara jam disangka bom


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain untuk meminati bidang sains.

Jam digital AFP
Jam digital rekaan remaja lelaki Ahmed Mohamed dari Texas yang kini menarik perhatian warga dunia. - Gambar AFP


Mark (Zuckerberg) pula memuji kebijaksanaan Ahmed yang mampu mencipta jam pada usia muda serta menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengannya.


Syarikat teknologi Google juga tidak melepaskan peluang untuk menjemput Ahmed mengambil bahagian dalam pameran Sains yang akan berlangsung hujung minggu ini sebagai satu tanda sokongan kepada pelajar itu.


Syarikat jaringan sosial, Twitter menawarkan peluang latihan (internship) di agensi gergasi itu kepada Ahmed.


Antara tweet lain yang menarik:







Laporan Mashable dipetik berkata, polis Jabatan Irving menutup kes itu pada Rabu selepas mengesahkan jam ciptaan Ahmed adalah selamat untuk digunanakan.

Dia kemudian dilepaskan dari tahanan polis selepas disoal siasat.


Akaun Twitter Ahmed yang mempunyai lebih dari 59 ribu pengikut menerima tanda 'verified' sejurus selepas ia dibuka semalam.