Seorang remaja lelaki di India ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan kediamannya selepas dipercayai diculik dan dirogol dua lelaki.

Kanak-kanak berusia 13 tahun itu dikatakan telah dicampak ke kawasan semak berhampiran kediamannya di Sehwan, Jamshoro selepas sehari dilapor diculik.

Bapa mangsa yang tidak mahu dikenali mendakwa sudah mengenal pasti kedua-dua suspek perogol anaknya itu dan mahu tindakan lanjut diambil polis.

Namun pihak polis dikatakan telah merujuk perkara terbabit kepada pihak hospital dan tidak mahu mengklasifikasikannya sebagai kes rogol.

Ketua Polis Sehwan Khair Muhammad Mallah berkata pihaknya akan menanti laporan penuh hospital sebelum melakukan sebarang tangkapan dan pendakwaan ke atas kedua-dua suspek.

Sementara itu di Hyderabad, ibu bapa kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang dibunuh dengan kejam awal bulan ini mendakwa pihak berkuasa lambat bertindak.

Ibu bapa kanak-kanak malang terbabit berkata pihak polis meminta mereka bersabar dan menanti hasil siasatan.

Tiga minggu lalu kanak-kanak perempuan terbabit dikatakan telah diculik dan dirogol seorang lelaki yang kemudian menanam mayat mangsa di sebuah perkampungan di Hyderabad.