awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan masih tinggal di penempatan sementara selepas lima tahun gempa Jepun

Agensi
Agensi
10/03/2016
02:19 MYT
Ribuan masih tinggal di penempatan sementara selepas lima tahun gempa Jepun
Ramai mangsa gempa dan tsunami berharap akan dipindahkan ke kediaman kekal namun tidak tahu sama ada itu akan menjadi kenyataan. - Foto AP
Ribuan penduduk di Jepun yang terkesan dengan bencana gempa bumi lima tahun lalu masih tinggal dalam penempatan sementara.
Portal berita ChannelNewsAsia.com melaporkan, sejak berakhirnya bencana yang menyebabkan tsunami dan kebocoran nuklear di Fukushima itu, 62 peratus daripada 470,000 mangsa masih berada di tempat perlindungan.
Mengikut bancian, kawasan paling teruk terjejas dengan bencana kebocoran nuklear itu kehilangan 15.6 peratus populasi, manakala di bandar Iwaki di selatan Fukushima, populasinya bertambah buatkali pertama dalam tempoh dua dekad.
Keadaan itu disebabkan bandar berkenaan menerima kemasukan penduduk asal dari kawasan yang dicemari radiasi.
Walaupun kawasan yang dahulunya tercemar radiasi sudah diumumkan berstatus selamat untuk kembali didiami, masih ramai yang enggan berbuat demikian walaupun menyedari bahawa tempat perlindungan sementara mereka kini perlu dikosongkan tahun hadapan.
Di Otsuchi, masih banyak rumah sementara untuk penduduk yang dipindahkan sejak berlakunya bencana lima tahun dulu. Mereka amat berharap akan dipindahkan ke kediaman kekal namun tidak tahu sama ada itu akan menjadi kenyataan.
“Tapak pembinaan masih belum siap. Ia perlu ditinggikan sebelum pembinaan rumah dimulakan supaya ia selamat daripada tsunami.
“Saya tidak pasti sama ada ia akan dapat disiapkan tahun ini atau tahun hadapan,” ujar seorang wanita yang tinggal di rumah perlindungan sementara, dipetik sebagai berkata.
Sesetengah rumah yang bersifat kekal pula memerlukan bayaran sewa kira-kira 1,300 yen (RM47) sebulan.
Sesetengah penduduk yang lebih bertuah ialah mereka yang diberi peluang membina rumah kekal di kawasan lereng gunung, namun ia proses yang lama kerana perlu meminta kebenaran daripada tuan punya tanah di gunung berkenaan.
Pentadbiran Shinzo Abe berjanji untuk menyiapkan rumah baharu untuk mangsa tsunami dalam tempoh tiga tahun.
Topic Berkaitan
#Mangsa gempa Jepun
#pencemaran radiasi
#rumah perlindungan sementara
#tsunami Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan