Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh dua bulan.

Pasar Xinfadi di bahagian tenggara Beijing ditutup pada Sabtu dan 11 kawasan kejiranan ditutup selepas lebih 50 orang di ibu negara itu diuji positif jangkitan virus tersebut.

Pasar borong terbesar di Beijing itu ditutup berikutan pertambahan jangkitan tempatan.

Ini merupakan kes pertama yang disahkan dalam tempoh 50 hari di bandar yang berjumlah 20 juta penduduk itu.

Menurut pihak berkuasa, terdapat 57 kes yang disahkan dalam tempoh 24 jam.

BACA: COVID-19: 57 kes baharu di China, angka harian tertinggi dalam tempoh 2 bulan

Itu adalah jumlah harian tertinggi sejak pertengahan April, termasuk 36 kes baru di Beijing.

China melonggarkan sebahagian besar sekatan COVID-19 selepas mengisytiharkan berjaya memerangi penyakit itu pada Mac.

BACA: Pasar borong besar di Beijing ditutup susulan kes baharu COVID-19