awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut Tembin ragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di selatan Filipina

Agensi
Agensi
23/12/2017
03:45 MYT
Ribut Tembin ragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di selatan Filipina
Ribut Tembin meragut nyawa di Mindanao, yang selama ini jarang dilanda bencana alam itu. - Reuters
Angka kematian akibat ribut tropika yang membadai selatan Filipina telah meningkat kepada 30 orang, menurut sumber rasmi pada Sabtu.
AFP melaporkan, 19 kematian berlaku berdekatan pekan Tubod di Mindanao, yang telah dilanda Ribut Tembin hingga menyebabkan banjir kilat dan lumpur hingga memusnahkan sebuah perkampungan pada Jumaat.
Empat lagi terkorban di pekan dan bandar berdekatan, sementara tujuh mangsa dilaporkan maut di daerah Lanao del Sur, menurut sumber rasmi jabatan pertahanan awam.
Sementara itu, empat mangsa disenarai sebagai orang hilang selepas tertimbus dalam tanah runtuh mahupun dihanyutkan air bah, manakala lebih 12,000 terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Secara purata, Filipina dilanda 20 ribut besar setiap tahun, dengan kebanyakannya berstatus sangat bahaya.
Begitupun, Mindanao yang berpopulasi 20 juta orang, sangat jarang dibadai ribut.
Selepas merentas Mindanao pada Jumaat, Ribut Tembin mengubah haluan ke barat menuju Laut Sulu dengan kekuatan angin selaju 95 kilometer sejam.
Ribut itu diramal melanda penghujung Pulau Palawan pada Sabtu.
Ribut Tembin hadir kuran seminggu selepas Ribut Kai-Tak melanda bahagian tengah negara itu hingga mengorbankan 54 nyawa sementara 24 yang lain hilang.
Topic Berkaitan
#banjir
#Filipina
#mangsa
#ribut
#Ribut Tropika
#tanah runtuh
#Tembin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan