awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robert Mugabe meninggal dunia

Agensi
Agensi
06/09/2019
05:27 MYT
Robert Mugabe meninggal dunia
Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun di sebuah hospital di Singapura pagi tadi. - Gambar fail
BEKAS pemimpin diktator Zimbabwe, Robert Gabriel Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun di sebuah hospital di Singapura pagi tadi.
Kematian Mugabe disahkan oleh Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa.
Presiden Zimbabwe kedua itu dipercayai mula mendapatkan rawatan sejak April lalu.
It is with the utmost sadness that I announce the passing on of Zimbabwe's founding father and former President, Cde Robert Mugabe (1/2)
— President of Zimbabwe (@edmnangagwa) September 6, 2019
Mugabe telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe sejak tahun 1980, selaku Perdana Menteri dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden sejak tahun 1987 hingga 2017.
Rest In Peace, Robert Mugabe. My response to your passing is complicated. Im going to write a long piece. However, for now, deepest condolences to his family. pic.twitter.com/cu5Bioa8v1
— Fadzayi Mahere (@advocatemahere) September 6, 2019
Nama beliau bangkit pada 1960-an sebagai pemimpin Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979).
Mugabe merupakan seorang pemimpin diktator yang sering dipalit kontroversi, bagaimanapun beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan.
Menuju ke akhir tempoh beliau sebagai presiden, Mugabe diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Tentera Kebangsaan Zimbabwe dalam satu rampasan kuasa pada November 2017.
Pada 19 November, beliau dipecat sebagai ketua ZANU-PF dan Mnangagwa, bekas Naib Presiden telah dilantik untuk menggantikan tempatnya.
Mugabe kemudian meletak jawatan sebagai presiden pada 21 November.
Topic Berkaitan
#belasungkawa
#Emmerson Mnangagwa
#meninggal dunia
#Perang Dalaman Rhodesia
#presiden
#Rhodesia
#Robert Mugabe
#Tentera Kebangsaan Zimbabwe
#Zimbabwe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan