SEBAGAI sebuah negara kepulauan kedua terbesar di Asia Tenggara dan melalui sejarah panjang di bawah penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat, Filipina masa kini semakin mengorak langkah untuk mempertahankan kedaulatan dan “egonya” sebagai sebuah negara yang mahu membebaskan diri daripada bayang-bayang Amerika Syarikat.
Sekian lama, imej Amerika Syarikat selalu sahaja membayangi Filipina kerana hubungan diplomatik yang begitu erat antara kedua-dua buah negara akibat faktor idiosinkratik pemimpin Filipina itu sendiri yang seakan tidak mampu mandiri dari imej negara proksi Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, hal ini seakan terhenti apabila Rodrigo Duterte dilantik menjadi Presiden Filipina dan telah memainkan watak yang begitu signifikan di rantau Asia Tenggara kerana dilihat begitu lantang menentang Amerika Syarikat, perkara yang begitu jarang berlaku sepanjang berdirinya sebuah negara Filipina yang merdeka.
Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump menjadi sasaran Duterte di dalam banyak isu sehingga baru baru ini, Filipina mahu menghentikan kerjasama ketenteraan yang telah lama terjalin di antara kedua-dua buah negara setelah Amerika Syarikat secara berulang kali mengugut untuk menurunkan taraf kerjasama pertahanan terhadap Filipina.
Kerjasama pertahanan yang telah dimeterai oleh kedua-dua buah negara telah terjalin erat semenjak tahun 1950-an, yang dikenali sebagai Perjanjian Pasukan Pelawat atau VFA. Perjanjian tersebut adalah manifestasi hubungan yang begitu akrab kedua-dua buah negara yang mana Amerika Syarikat akan sentiasa menghulurkan bantuan yang diperlukan sekiranya kedaulatan dan keselamatan Filipina sebagai negara berdaulat terancam.
Selain itu, VFA juga adalah perjanjian yang membenarkan dari aspek perundangan untuk ribuan pasukan tentera Amerika Syarikat ditempatkan di Filipina bagi membantu sebarang misi kemanusiaan dan latihan ketenteraan setiap tahun.
Perjanjian tersebut juga telah dipertingkatkan ketika era pentadbiran Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat apabila pemimpin kedua-dua buah negara pada ketika itu, Benigno Aquino dan Barack Obama bersetuju menandatangani Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan atau EDCA yang dilihat oleh sebahagian pemerhati politik antarabangsa sebagai usaha Amerika Syarikat menangkis pengaruh China di rantau Asia Pasifik selain sebagai salah satu polisi “Pivot to Asia” pentadbiran Obama.
Walau bagaimanapun, perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai oleh kedua-dua buah negara ini tidak digemari oleh Duterte setelah beliau mengambil alih pentadbiran Filipina semenjak tiga tahun yang lalu. Duterte dijadikan sasaran kritikan antarabangsa susulan dasar domestik beliau yang begitu keras kepada kesalahan yang berkaitan dadah di negara tersebut. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB menyatakan kebimbangan kerana tindakan Duterte itu kerana ia jelas melanggar prinsip hak asasi manusia.
Namun Manila dengan tegas menyatakan ia adalah perlu sebagai usaha kerajaan membasmi masalah dadah yang telah berlanjutan sekian lama sehingga menyebabkan masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik negara.
Duterte semakin dikenali sebagai salah seorang pemimpin antarabangsa yang agak celupar namun berani mengambil tindakan demi memastikan usaha dan dasar beliau sebagai Presiden Filipina tidak terganggu dengan kritikan dan ancaman mana-mana pihak di dalam sistem antarabangsa.
Sepintas lalu, beliau pernah menggelar Obama sebagai anak haram kerana tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan yang dijalankan oleh Washington terhadap rantau Asia Pasifik. Selain itu, Duterte juga kerap menghentam pentadbiran Donald Trump dengan pelbagai kata-kata yang mampu menyebabkan ketegangan dalam hubungan dua hala kedua-dua buah negara. Sebagai reaksi kepada keceluparan Duterte, Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk tidak mengembalikan visa sekutu politik beliau iaitu Ronald De La Rosa, iaitu bekas ketua polis Filipina yang kini bergekar senator.
Menurut De La Rosa, kedutaan Amerika Syarikat di Filipina tidak menjelaskan sebab visanya dibatalkan oleh negara Uncle Sam itu, namun beliau percaya tindakan tersebut adalah didorong oleh tuduhan terhadap pembunuhan yang tidak dibenarkan secara sah sepanjang lebih dua tahun tempoh perkhidmatannya sebagai ketua polis. De La Rosa adalah ketua penguatkuasaan pentadbiran Duterte yang menjalankan dasar Duterte terhadap antinarkotik dengan mengambil tindakan yang keras dan liar kepada lebih 5000 pesalah narkotik di Filipina, dan ia jelas menurut Amerika Syarikat dan PBB melanggar prinsip hak asasi manusia.
Duterte dengan nada amaran memberi tempoh selama sebulan kepada Washington untuk memberi semula visa untuk Ronald De La Rosa ke negara tersebut sebelum Filipina dengan tegas menamatkan VFA yang telah dimeterai kedua-dua buah negara. Hal ini benar-benar merenggangkan hubungan Filipina-Amerika Syarikat kerana sebelum ini kedua-dua buah negara mempunyai hubungan yang amat rapat.
Filipina sebelum ini dikenali sebagai negara proksi Amerika Syarikat di Asia Tenggara selain daripada Singapura berikutan pembinaan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Clerk, Filipina. Kewujudan pangkalan tentera Amerika Syarikat di sesebuah negara menunjukkan keakraban dan hubungan erat negara tersebut dengan Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat secara tradisinya adalah sebuah negara yang gemar masuk campur dalam urusan domestik negara-negara lain dan tindakan ini sangat tidak digemari oleh pentadbiran Duterte. Duterte adalah seorang pemimpin yang begitu patriotik dengan negara dan asal usulnya.
Oleh kerana itu, beliau tidak mahu lagi imej Filipina dikaitkan dengan “budak suruhan” negara kuasa besar itu selain tidak mahu imej kolonial merantai Filipina di mata dunia. Pada sekitar tahun 2018, Duterte pernah menyatakan bahawa beliau berasal dari rumpun Melayu dan perkara ini mengejutkan masyarakat antarabangsa kerana imej Melayu secara umumnya dikaitkan dengan Malaysia, selain mahu menukarkan nama Filipina kepada Maharlika kerana tidak mahu lagi imej penjajahan Sepanyol mempengaruhi Filipina.
Maharlika bermaksud merdeka, maka secara falsafahnya, Duterte mahu Filipina merdeka sepenuhnya bukan sahaja dari sudut fizikal namun merangkumi sudut pemikiran dan jati diri masyarakat Filipian yang semakin larut di dalam budaya Barat. Dasar-dasar pentadbiran serta pemikiran Duterte secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai arah tuju yang jelas dalam konteks negara Filipina, namun kerap kali mengundang kemarahan dan perasaan tidak puas hati negara-negara yang lain.
Duterte perlu menjalankan dasar-dasar perlindungan kepada negaranya kerana sebagai pemimpin beliau bertanggungjawab sepenuhnya bagi memelihara keselamatan negara beliau. Masalah dadah bagi beliau adalah masalah yang besar kerana ia akan menyebabkan keruntuhan dan daya tahan Filipina dari dalam.
Hal ini kerana, mengambil contoh Mexico, kartel-kartel dadah begitu berkuasa sehingga mampu menjana pendapatan berjuta-juta Dollar selain mampu mempengaruhi sosial dan politik Mexico itu sendiri. Mungkin dengan mengambil iktibar tersebut, Duterte telah mengambil langkah drastik dengan mengenakan undang-undang yang amat keras demi memastikan Filipina bebas daripada dadah.
Hak asasi manusia berbeza mengikut tafsiran manusia, begitu juga dengan negara. Mungkin bagi sesetengah negara, hak asasi individu tidak boleh melangkaui hak asasi masyarakat yang memerlukan kehidupan yang tenteram dan harmoni.
Ada juga sesetengah negara yang mengambil pendekatan bahawasanya dengan menjaga hak asasi setiap individu adalah perkara terpenting sekalipun melibatkan hukuman ke atas pesalah berat. Kerana itu, ada sesetengah negara yang tidak mengenakan hukuman mati bagi pesalah berat dan hanya hukuman penjara seumur hidup sahaja.
Isu ugutan Filipina untuk menamatkan perjanjian VFA ini akan memberikan kesan kepada cita-cita Amerika Syarikat untuk mengukuhkan pengaruhnya di rantau Asia Tenggara, apatah lagi China sebagai pesaing mereka di Asia Pasifik semakin berpengaruh di rantau ini.
Apabila langkah tersebut dilaksanakan oleh Filipina, maka Amerika Syarikat akan kekurangan sebuah lagi negara proksinya dan ia akan merugikan Amerika Syarikat. Kedudukan Filipina yang agak strategik ditambah pula dengan isu pertikaian Kepulauan Spratly pasti memberikan kelebihan kepada China untuk menguasai keadaan di perairan tersebut.
Mungkin ia juga akan memberikan kesan kepada Filipina, berikutan mereka terpaksa mempertahankan keselamatan mereka tanpa adanya lagi bantuan Amerika Syarikat dan yang lebih besar adalah kesan kepada keseimbangan kuasa di Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara yang bertelingkah dalam isu Spratly adalah Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.
Antara kempat-empat negara tersebut hanya Filipina sahaja negara yang menjadi proksi Amerika Syarikat, manakala Vietnam, Malaysia dan Brunei adalah negara yang berkecuali. Sekiranya Filipina sendiri tidak lagi mahu menjadikan Amerika Syarikat “abang besar” mereka, maka tidak ada lagi keperluan Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam isu tersebut, seterusnya tidak wujud keseimbangan kuasa bagi berdepan dengan China yang semakin menunjukkan keangkuhan mereka dengan membuli negara-negara di rantau ini.
Mungkin tindakan Duterte bertikam lidah dengan Amerika Syarikat dan mempertahankan hak rakyatnya adalah baik dalam aspek kedaulatan dan imej Filipina, namun secara tidak langsung ia mungkin menghadirkan ketidaktentuan di rantau Asia Tenggara dalam jangka masa panjang. Ego Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia juga akan tercalar dan Donald Trump akan diberikan tekanan oleh senat kerana gagal menangani seorang pemimpin dari negara dunia ketiga seperti Duterte.
Dasar Amerika Syarikat yang mahu terus kekal sebagai paksi kuasa di Asia juga pasti terjejas kerana tindakan yang berkemungkinan diambil oleh Rodrigo Duterte ini. Walau bagaimanapun, Trump pasti akan memberikan reaksi kepada perkara ini, apatah lagi pilihanraya presiden Amerika Syarikat akan berlangsung tahun hadapan dan Trump tidak akan sesekali membiarkan imejnya dihancurkan oleh seorang pemimpin dunia ketiga dari Filipina itu.
Sekiranya Trump gagal, mungkin beliau boleh menganggap peluangnya untuk mempertahankan jawatan presiden Amerika Syarikat akan lebih berliku kerana tidak berupaya mengekalkan penguasaan Amerika Syarikat di Filipina.
Tindakan-tindakan Duterte ini amat berkait rapat dengan kepentingan nasional Filipina itu sendiri. Oleh itu, seharusnya rakyat Filipina tanpa mengira ideologi politik perlu membantu dan menyokong usaha-usaha dan dasar-dasar positif beliau untuk negara. Seseorang pemimpin itu tidak akan mampu menggalas tugas dan amanah sebagai pemimpin sekiranya saban hari diasak oleh rakyatnya sendiri dan terpaksa memperuntukkan banyak waktu untuk menangani persepsi.
Telah banyak negara yang meratapi kesilapan menjatuhkan pemimpin mereka di dalam sistem negara bangsa moden seperti Iraq, Libya, Mesir dan beberapa negara-negara lain kerana termakan dengan fitnah yang dihidangkan oleh pihak-pihak yang menginginkan jawatan sebagai pemimpin.
Sebagai seorang pemimpin, tindakan Duterte itu adalah tepat bagi memelihara kedaulatan negaranya daripada sewenang-wenangnya diperkotak katikkan negara lain, sekalipun ia melibatkan negara kuasa besar yang digelar sebagai “abang besar” mereka selama berdekad-dekad lamanya.
Duterte terpaksa menjalankan tindakan-tindakan yang tidak popular demi Filipina, sekalipun ia meningkatkan tekanan antarabangsa kepada beliau dan imej beliau tercalar.
Dunia menanti, apakah akan ada kenyataan mahupun tindakan yang dianggap “gila” dari pemimpin “Maharlika” ini untuk mencabar dan menghambat ego Amerika Syarikat lagi.
* Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Etnik, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Sat Feb 15 2020
Duterte (gambar) terpaksa menjalankan tindakan-tindakan yang tidak popular demi Filipina, sekalipun ia meningkatkan tekanan antarabangsa kepada beliau dan imej beliau tercalar. - Gambar fail
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.