Sebarang perbincangan dan sebarang dialog yang diadakan dengan Korea Utara perlu menjurus kepada penamatan program pembangunan nuklear Pyongyang.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata demikian selepas melihat tiada sebarang perkembangan hasil siri rundingan yang telah diadakan bersama Korea Utara selama ini.

"Apa yang penting bukanlah dialog yang berakhir sebagai dialog, tetapi untuk mencapai keputusan penamatan program nuklear dan peluru berpandu dengan cara yang benar-benar dapat dipatuhi dan dipulihkan.

"Kita mesti mengekalkan sekatan yang berterusan sehingga Korea Utara benar-benar mengambil tindakan konkrit, dan masyarakat antarabangsa harus terus bekerjasama," jelasnya.

Kenyataan Abe itu menyusul pertemuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dengan Presiden China Xi Jin Ping yang berlangsung di Beijing pada Rabu.

Hasil pertemuan di Beijing itu, Jong Un dikatakan telah menyatakan kesediaannya kepada Jin Ping untuk berunding dengan Amerika Syarikat.

Kementerian Luar China memetik kenyataan Kim yang menyifatkan ketegangan di Semenanjung Korea beransur pula kerana Korea Utara telah mengambil inisiatif untuk meredakan ketegangan dan mengemukakan cadangan untuk rundingan damai.