PASUKAN perubatan Rusia menempatkan lebih 20 ventilator pada Isnin di sebuah hospital di kawasan pergunungan di Bergamo, Itali bagi memerangi krisis COVID-19 di negara itu.

Hospital tersebut memiliki 142 katil dan akan dikendalikan oleh 200 pakar perubatan dari Rusia dan Itali.

Rusia juga sedang merancang untuk menempatkan 15 lagi ventilator tersebut di hospital berkenaan.

Misi Rusia ke Itali bermula setelah Presiden Vladimir Putin menawarkan bantuan dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte pada 21 Mac lalu.

Itali ketika ini menduduki tangga ketiga negara paling teruk menerima serangan COVID-19 selepas Amerika Syarikat dan Sepanyol.