Rusia merekodkan kematian harian tertinggi, iaitu 150 kes pada Jumaat meskipun jumlah kes jangkitan baru berada di bawah 9,000 kes untuk tiga hari berturut-turut.

Pegawai kesihatan melaporkan, Rusia mencatat 3,249 kematian dan 326,448 kes -- jumlah jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Berdasarkan rekod kerajaan, sebanyak 8,894 kes terbaru dalam tempoh 24 jam terakhir telah dilaporkan, manakala kes sembuh pula 7,144.

Pihak berkuasa memaklumkan, situasi kini semakin stabil dan setengah juta pekerja industri dan pembinaan di Moscow dibenarkan kembali bekerja.

Antara kes COVID-19 berprofil tinggi adalah membabitkan Perdana Menteri, Mikhail Mishustin dan dilaporkan kembali bertugas minggu ini selepas menerima rawatan di hospital.

Secara keseluruhannya, 99,825 individu di Rusia tidak lagi dijangkiti oleh virus itu.