Tutup

Berita  | Dunia

Rusia dakwa al-Baghdadi hanyalah 'watak rekaan' AS

Rusia dakwa al-Baghdadi hanyalah 'watak rekaan' AS
Washington bagaimanapun gagal menunjukkan bukti mayat pemimpin Daish tersebut dan mereka kemudiannya mendakwa ia telah dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam. - Foto REUTERS
MOSCOW: Rusia mendakwa Abu Bakr Al-Baghdadi sebagai 'watak rekaan' Amerika Syarikat (AS) dan Moscow menegaskan mereka masih tidak dapat mengesahkan tentang kematian pemimpin Daish tersebut seperti didakwa Washington.

Semalam, Menteri Luar, Sergei Lavrov berkata, mereka mahu maklumat tambahan tentang pembunuhan Al-Baghdadi di tangan tentera AS.

"Mereka mengumumkan 'kejayaan' itu, namun tentera kami masih mengkaji fakta tambahan dan tidak dapat mengesahkan perkara tersebut," jelasnya.

Minggu lalu, menerusi siaran TV, Presiden Donald Trump dengan angkuh menyatakan Al-Baghdadi telah meletupkan dirinya seperti 'anjing' selepas tentera AS memerangkapnya dalam sebuah terowong ketika serbuan di wilayah Idlib di Syria pada 27 Oktober lalu.
BACA: AS keluarkan imej pertama serbuan terhadap al-Baghdadi

BACA: Abu Bakr Al-Baghdadi mati seperti seekor anjing - Trump
Washington bagaimanapun gagal menunjukkan bukti mayat pemimpin Daish tersebut dan mereka kemudiannya mendakwa ia telah dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam selepas kematiannya.

Ketika ini, banyak pihak meragui tentang kebenaran perkara tersebut selepas Ketua Pusat Perintah AS, Frank McKenzie juga gagal untuk mengesahkan Al-Baghdadi merayu dan menangis pada saat akhir sebelum kematiannya seperti didakwa Trump. - Agensi



Tag: Donald Trump, Amerika Syarikat, Abu Bakr Al-Baghdadi, Daish, Rusia, Sergei Lavrov



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.