awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia tentang tubuh tribunal antarabangsa untuk MH17

Hakim Rahman
Hakim Rahman
10/07/2015
02:45 MYT
Rusia tentang tubuh tribunal antarabangsa untuk MH17
Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada Julai 2014 dengan semua 298 penumpang di dalam pesawat maut. - Gambar Fail
Menjelang setahun tragedi MH17.
Permintaan Malaysia mahukan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB menubuhkan tribunal antarabangsa untuk mendakwa suspek menembak jatuh pesawat itu 17 Julai lalu mendapat tentangan Rusia.
Ia adalah cadangan bersama Malaysia, Australia, Belanda, Belgium Dan Ukraine.
Malaysia, anggota ke-15 Majlis Keselamatan mengedarkan deraf resolusi lewat malam Khamis. Cadangan itu diharap dapat diterima dan dilaksanakan lewat bulan ini.
Semasa menyatakan bantahan kepada permintaan tribunal itu, Duta Rusia Di PBB, Vitaly Churkin berkata, Kremlin tidak melihat sebarang masa depan untuk resolusi itu.
"Saya tidak nampak sebarang masa depan untuk resolusi ini,
"Ia tidak ubah seperti cubaan membuat rancangan hebat bersifat politik untuk menunjuk-nunjuk sekali gus dikhuatiri merosakkan usaha mencari pihak yang bersalah," katanya dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, Rusia mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB Selain Perancis, China, Britain dan Amerika Syarikat.
Jika cadangan itu dikemukakan untuk undian, kemungkinan penggunaan veto diputuskan.
Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada Julai 2014 dengan semua 298 penumpang di dalam pesawat maut termasuk dua pertiga daripadanya warga Belanda.
Ia terhempas di wilayah Ukraine yang dikuasai puak pemisah tetapi disokong Russia.
Ukraine dan negara barat menuduh puak pemberontak di timur Ukraine menembak jatuh pesawat itu menggunakan roket darat ke udara buatan Russia, tetapi disangkal Moscow yang menuding jari kepada Russia sebagai bertanggungjawab membekalkan roket antipesawat SA-11 BUK kepada kumpulan pemberontak Ukraine.
Topic Berkaitan
#MH17
#PBB
#Rusia
#tribunal antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan