awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
Letupan Universiti HELP: Tiga mangsa masih dirawat, seorang koma akibat pendarahan otak
Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait isu rasuah dibekukan sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham American Airlines lonjak lebih 40 peratus

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2020
23:35 MYT
Saham American Airlines lonjak lebih 40 peratus
Saham American Airlines naik 41 peratus kepada ASD16.72 dalam dagangan tinggi walaupun masih 45 peratus lebih rendah sejak pertengahan Februari. (Foto AP/Fail)
SAHAM American Airlines melonjak lebih daripada 40 peratus pada Khamis setelah pengumuman peningkatan kapasiti penerbangan besar bagi bulan depan.
Ia susulan pemotongan jadual penerbangan sebelum ini, disebabkan penularan COVID-19, dan pertukaran kepimpinan untuk mengurangkan kos.
Saham American Airlines naik 41 peratus kepada ASD16.72 dalam dagangan tinggi walaupun masih 45 peratus lebih rendah sejak pertengahan Februari.
Saham itu mengalami kerugian disebabkan beban hutang yang tinggi dan kebimbangan pemulihan yang perlahan.
Bagaimanapun, pakar memberi amaran perjalanan perniagaan dan antarabangsa akan kekal rendah dalam sekitar tiga tahun.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Doug Parker berkata, ketika ini pihaknya sedang membangunkan rancangan pemulihan pasca COVID-19 dan mengakui terpaksa berdepan kesan pandemik itu untuk beberapa tempoh masa lagi.
Syarikat itu akan melakukan hanya 55 peratus penerbangan bulan depan berbanding tempoh sama tahun lepas.
Sebagai perbandingan, American Airlines hanya terbang 20 peratus daripada jadual domestiknya pada bulan Mei dan 25 peratus pada bulan Jun.
Naib Presiden Kanan Strategi Rangkaian American Airlines, Vasu Raja berkata, syarikat itu akan melakukan lebih 4,000 penerbangan pada Julai berbanding 2,000 pada Mei.
Namun ia masih rendah berbanding 6,800 penerbangan harian sebelum krisis kesihatan itu berlaku.
Topic Berkaitan
#American Airlines
#COVID-19
#domestik
#Doug Parker
#hutang
#Kapasiti
#kerugian
#kesihatan
#pandemik
#penerbangan
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan