announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Saintis Amerika Syarikat siasat struktur koronavirus, 99 peratus menyerupai SARS

Saintis Amerika Syarikat siasat struktur koronavirus, 99 peratus menyerupai SARS
Saintis Amerika Syarikat siasat struktur koronavirus, 70 hingga 99 peratus menyerupai SARS. Gambar fail
CHICAGO: Saintis Amerika Syarikat siasat struktur koronavirus, 99 peratus menyerupai SARS.

Kumpulan saintis itu diketuai seorang saintis di Universiti Northwestern, Profesor Karla Satchell.

Beliau dan pasukannya  sedang berusaha untuk membuat pemetaan struktur 28 protein dalam virus berkenaan.

Ini bagi membolehkan, mereka mengetahui jenis ubat yang boleh digunakan untuk membendung virus itu daripada merebak.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, protein daripada koronavirus adalah 70 hingga 99 peratus menyerupai dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk, SARS.

“Semua perancangan produk perubatan perlu bermula dengan mengetahui tentang protein dan strukturnya.

“Koronavirus ini dikategorikan dalam keluarga virus. Jika ada ada keluarga, semua dalam keluarga adalah ahli keluarga kita, namun setiap seorang pasti memiliki perilaku yang berlainan,” katanya.

Satchell kini mengetuai Pusat Genomik Struktur Penyakit Berjangkit yang kerap mengkaji dan melihat protein dalam penyakit berjangkit.

Mereka telah mengkaji koronavirus sejak dua tahun yang lalu.

[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!

BACA: WHO akui silap buat penilaian tentang koronavirus

Dalam satu perkembangan lain, pakar daripada Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) berjaya mengasingkan sejumlah besar kuantiti novel koronavirus (2019-nCoV) daripada sampel alam sekitar yang didapati dari pasar makanan laut eksotik di Wuhan, China.

Kejayaan itu memberi petunjuk bahawa virus yang kini telah meragut 100 nyawa itu berasal dari daging haiwan liar yang dijual di pasar itu.


Tag: Amerika Syarikat, VAKSIN, koronavirus, SARS, wabak, WHO, China, perubatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.