awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah tembak: Polis Pakistan siasat dakwaan suspek rogol, bunuh masih bebas

Agensi
Agensi
19/01/2018
15:30 MYT
Salah tembak: Polis Pakistan siasat dakwaan suspek rogol, bunuh masih bebas
Iman Fatima (kiri) dibunuh pada Februari 2017, manakala mayat Zainab (kanan) ditemui pada awal Januari 2018. Gambar fail
Pihak berkuasa Pakistan akan menyiasat tuduhan yang mendakwa polis telah tersilap menembak mati seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak.
Polis telah menembak seorang bernama Mudasir, yang dituduh membunuh Iman Fatima, 5 tahun, pada Februari 2017, mengatakan dia sebelum itu cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan pihak BBC Newsnight mendapati, pembunuh sebenar Iman didakwa masih bebas.
Selama setahun, Mudasir disangka sebagai suspek bunh dan rogol
Selama setahun, Mudasir disangka sebagai suspek bunuh dan rogol
Ujian DNA menunjukkan, Iman dibunuh oleh lelaki yang sama yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak lain, Zainab Ansari, awal bulan ini di bandar ini.
Kes Zainab, kanak-kanak berusia enam tahun yang dirogol dan dibunuh, mencetuskan kemarahan dan protes di seluruh Pakistan.
Pasukan polis yang menyiasat kes Zainab mendapati, DNA yang dijumpai sepadan dengan tujuh lagi serangan membabitkan anak gadis di bandar sama.
Daripada tujuh mangsa itu, empat termasuk Iman, dibunuh.
Sebelum ini, polis dan keluarga Iman menganggap kes tersebut telah selesai, bagaimanapun, terkini, keluarganya mula percaya yang pembunuh sebenar masih bebas sementara Mudasir tidak bersalah.
Topic Berkaitan
#bunuh
#DNA
#Iman Fatima
#JusticeFor Zainab
#Kanak-kanak
#Mudasir
#Pakistan
#polis
#rogol
#suspek
#tembak
#Zainab
#Zainab Ansari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan