MALANG tidak berbau. Sesiapa sahaja pasti tidak terfikir jika keseronokan yang dialami di taman tema air boleh berakhir dengan sebuah tragedi.
Itulah nasib seorang pelancong British yang salur darahnya terputus selepas terhempas kuat sewaktu menaiki gelongsor air ekstrem.
Dengan gelongsor yang berketinggian 72 kaki (22 meter) dan kecerunan 90 darjah, Jade Graves, 29, mendakwa dirinya terhempas ke dalam kolam sehingga mengakibatkan dia kehilangan banyak darah dan memerlukan proses pemindahan darah di sebuah hospital di Bulgaria.
Ibunya berkata, Graves merasakan kesakitan yang sangat perit di bahagian bawah pelvisnya selepas menuruni gelongsor air lalu memasuki ke dalam kolam tersebut dan terkejut apabila melihat darah mengalir di kakinya.
Dia mendakwa dirinya menjadi lemah dan pitam akibat kehilangan darah yang banyak, dan menghabiskan empat hari di hospital selepas menjalani pemindahan darah dan pembedahan.
Graves, yang berasal dari Hull, England sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Taman Air Aqua Paradise di Nessebar, Bulgaria selepas dirinya terpaksa berdepan dengan trauma akibat tragedi tersebut.
Aqua Paradise merupakan taman tema air yang dikunjungi oleh beratus-ratus pelancong British setiap kali musim panas.
Graves mengalami kecederaan yang mengerikan apabila dia menaiki gelongsor yang dinamakan Space Jam pada 25 Julai tahun lalu.
"Saya masih tidak percaya apa yang berlaku kepada saya di gelongsor itu.
"Saya sepatutnya menikmati percutian yang indah bersama keluarga saya tetapi seluruh pengalaman telah bertukar menjadi suatu trauma,” katanya kepada laporan portal Mirror.
Tambahnya, pihak penyelamat di taman tema itu ada cuba untuk menyelamatkannya, tetapi situasinya sangat lemah.
"Ia adalah mimpi ngeri dan saya masih sangat sedih mengenainya. Saya masih belum pasti apa yang berlaku, kerana saya mengikut semua peraturan yang diberikan kepada saya," kata Graves lagi.
Dia menerimarawatan di sebuah hospital di Burgas dan lukanya telah dijahit selain terpaksa menjalani pemindahan darah serta pembedahan untuk merawat arteri terputus itu.
Dia turut mendakwa dirinya menderita dengan pendarahan dalam arteri yang boleh membawa kepada berlakunya strok dan anemia sekunder.
Walau bagaimanapun, rawatannya di Bulgaria dilindungi oleh insurans perjalanannya.
Disebabkan tragedi itu juga, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama lima minggu sementara keadaannya sembuh.
Warga British itu juga telah mengupah firma undang-undang, Irwin Mitchell untuk menyiasat kejadian itu.
"Saya sangat berharap siasatan boleh dijalankan dengan baik kerana saya tidak mahu orang lain senasib dengan apa yang perlu lalui.
"Saya harap saya tidak pernah menjejakkan kaki di taman air itu," ujarnya.
Ekoran kejadian itu, dia turut meminta agar lebih banyak kesedaran mengenai bahaya potensi slaid air perlu ditekankan.
Agensi
Tue Aug 20 2019
Keseronokan mengunjungi pusat rekreasi seperti taman tema air boleh berakhir dengan tragedi. - Gambar hiasan
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Salur darah terputus gara-gara naik gelongsor air setinggi 22 meter
Graves merasakan keperitan di bahagian bawah pelvisnya selepas menaiki gelongsor air ke dalam kolam dan melihat darah mengalir di kakinya.
IJN catat sejarah lakukan pembedahan alih arteri ke atas bayi kembar siam
Pembedahan itu mencabar kerana ia melibatkan pelbagai peringkat pembedahan dan pasukan pakar dari pelbagai lokasi bermula dengan pembedahan untuk memisahkan kembar itu di Hospital Likas.