awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambut setiap tahun, ini fakta menarik Hari Wanita yang perlu anda tahu

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
08/03/2018
10:32 MYT
Sambut setiap tahun, ini fakta menarik Hari Wanita yang perlu anda tahu
Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada setiap 8 Mac setiap tahun khusus buat para wanita seluruh dunia.
MEMPERKASA wanita bukan untuk menyaingi lelaki tetapi untuk turut sama membangunkan generasi.
Itu antara mesej utama sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada setiap 8 Mac setiap tahun khusus buat para wanita seluruh dunia.
Di sini Astro AWANI ingin berkongsi enam fakta menarik di sebalik tercetusnya Hari Wanita Sedunia.
1. Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.
2. Merujuk kepada sejarah, kemunculan idea hari wanita ini bermula dengan dua peristiwa penting pergerakan wanita di Amerika Utara dan rantau Eropah.
3. Pada Februari 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut. Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.
4. Kemudian pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. Saat itu, Hari Wanita Sedunia menjadi milik semua para wanita.
5. Selain warna ungu, hijau dan putih pernah dijadikan warna tema Hari Wanita Sedunia di mana hijau melambangkan sebuah harapan manakala putih pula tanda kesucian.
6. Selain itu, Hari Wanita mula di sambut pada 19 Mac 1911 di Jerman, Austria, Denmark dan Switzerland yang melibatkan himpunan besar-besaran dalam kalangan wanita.
Topic Berkaitan
#8 Mac
#Amerika Utara
#hak mengundi pilihan raya
#hari wanita sedunia
#iktiraf kejayaan wanita
#warna ungu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan