Satu per lima daripada tenaga kerja Jepun berdepan risiko’ maut akibat kerja berlebihan’, kata kaji selidik kerajaan mengenai budaya kerja yang teruk di negara itu.
Ratusan kes kematian yang berhubung kait dengan kerja yang terlalu banyak – seperti strok, serangan jantung dan bunuh diri – dilaporkan setiap tahun di Jepun.
Ia turut diiringi masalah-masalah kesihatan lain yang serius, sehingga dalam beberapa kes mencetuskan tindakan guaman serta seruan untuk menangani masalah tersebut.
Kaji selidik itu merupakan sebahagian daripada kertas kerja sulung negara itu mengenai ‘karoshi’, yang bermaksud ‘kematian akibat kerja berlebihan’, yang diperkenalkan Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat lalu.
Di Jepun, masih ramai yang menghabiskan lebih banyak masa di pejabat berbanding bersama keluarga atau rakan-rakan di luar.
Berdasarkan kertas kerja itu, 22.7 peratus syarikat yang diselidik antara Disember 2015 dan Januari 2016 menunjukkan terdapat pekerja mereka yang merekodkan lebih daripada 80 jam kerja lebih masa setiap bulan.
Pendedahan maklumat itu menunjukkan betapa serius risiko ‘kematian akibat kerja berlebihan’.
Laporan itu menambah, kira-kira 21.3 peratus pekerja Jepun secara purata bekerja selama 49 jam atau lebih setiap minggu. Angka itu melebihi 16.4 peratus yang direkodkan di Amerika Syarikat, 12.5 peratus di Britain dan 10.4 peratus di Perancis.
Kajian itu merumuskan bahawa pekerja Jepun juga mengalami tahap tekanan tinggi berkaitan tugas di pejabat, hingga memaksa syarikat-syarikat memperbaiki persekitaran kerja.
Agensi
Sat Oct 08 2016
Secara purata, pekerja Jepun menghabiskan 49 jam atau lebih waktu bekerja seminggu. - Gambar fail
RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas
Latihan akan ditangguhkan sehingga siasatan mengesahkan bahawa ia selamat untuk disambung semula.
[TERKINI] Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 mei ini.
kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.
kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.
Sultan Selangor kecewa dengan MFL
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung pada Jumaat menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Melalui satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi baginda pada Khamis, baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak liga bola sepak malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Melalui satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi baginda pada Khamis, baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak liga bola sepak malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Bantuan, sokongan inklusif, pacu perkembangan adil
Menurut Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid, untuk memastikan ekonomi itu inklusif, penting untuk memastikan semua golongan mendapat peluang yang sama untuk berkembang agar lebih banyak banyak individu yang produktif untuk masa depan Malaysia dapat dilahirkan
PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
240 pasukan berentap dalam pertandingan scrabble antarabangsa (ASCI)
ASCI yang merupakan salah satu pertandingan scrabble tertua di malaysia akan turut disertai oleh peserta luar negara antaranya New Zealand, Australia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
[TERKINI] JIWA: Garis Panduan Penggunaan AI
Lakaran Sejarah terbaharu dilakar Astro AWANI sekali lagi, apabila berjaya melancarkan JIWA: sebuah Garis Panduan Penggunaan AI dalam pelaporan berita di dalam program meja bulat di Kuala Lumpur hari ini.
Satu per lima pekerja Jepun berdepan 'maut akibat kerja berlebihan'
Kaji selidik itu merupakan sebahagian daripada kertas kerja sulung negara itu mengenai karoshi, yang diperkenalkan Perdana Menteri Shinzo Abe.