Tutup

Berita  | Dunia

Satu positif jangkitan di California, AS catat kes koronavirus ketiga

Satu positif jangkitan di California, AS catat kes koronavirus ketiga
Pesakit itu merupakan pelancong dari Wuhan, China dan setakat ini tiada bukti berlaku jangkitan antara manusia ke manusia di Orange County.
CALIFORNIA: Seorang individu di Orange County, California disahkan positif novel koronavirus (2019-nCov), menjadikannya kes ketiga dikesan di Amwrika Syarikat (AS), lapor The New York Times.

Agensi penjagaan kesihatan Orange County, yang menerima pengesahan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, memberitahu bahawa individu itu telah dihantar ke sebuah hospital tempatan dan dalam ‘keadaan stabil’.
Pesakit itu merupakan pelancong dari Wuhan, China dan setakat ini tiada bukti berlaku jangkitan antara manusia ke manusia di Orange County.

“Risiko jangkitan tempatan setakat ini masih tahap rendah,” ujar agensi itu dalam satu kenyataan.
Kes itu merupakan yang kes jangkitan ketiga yang disahkan di AS. Sebelum ini, seorang wanita berusia 60-an di Chicago, dan seorang lelaki dalam usia 30-an di Washington sudah dijangkiti.

BACA: Wanita Chicago kes kedua positif koronavirus di Amerika Syarikat 


Tag: koronavirus, jangkitan, amerika syarikat, orange county, kes ketiga AS, penyakit, wuhan, china



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.