Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Saya gembira, tapi tidak bangga - Bapa Greta Thunberg

Saya gembira, tapi tidak bangga - Bapa Greta Thunberg
Svante tidak sokong Greta tidak ke sekolah, namun tidak mempunyai pilihan kerana tidak mampu menentang hujah Greta. - Facebook/Svante Thunberg
BAPA aktivis alam alam sekitar, Greta Thunberg, Svante Thunberg, mengakui gembira melihat apa yang dilakukan anaknya, tetapi tidak berasa bangga.

Ketika ditemu bual program BBC Radio 4 Today, Svante berkata dia tidak menyokong tindakan anaknya yang memilih untuk tidak ke sekolah, namun tidak mempunyai pilihan kerana tidak mampu menentang hujah Greta.

"Dia berikan hujah yang saya atau sesiapa saja, tidak mampu nafikan. Apa yang diperjuangkan itu memang betul.

"Saya tidak bangga, tetapi saya gembira melihat dia gembira. Saya gembira saya mendengar apa yang dimahukannya," kata Svante.
Svante yang merupakan seorang pelakon di Sweden mendedahkan, Greta pernah mengalami kemurungan pada 2016 yang membuatkannya enggan bercakap dan tidak makan selama tiga bulan selain enggan ke sekolah.

"Saya dan ibunya terpaksa berhenti kerja kerana sangat bimbangkan keadaannya.
"Tetapi kempen pemanasan global yang diperjuangkan telah menyelamatkannya, dan saya lega Greta menganggap kritikan yang diterimanya sebagai kelakar," ujar Svante.

Svante bagaimanapun menafikan dia dan isteri aktivis alam sekitar, namun cuba sedaya upaya memenuhi permintaan Greta.

"Isteri saya tidak lagi menaiki kapal terbang, tetapi dia tidak buat begitu untuk menjadi aktivis. Dia buat kerana mahu Greta gembira.

"Apabila saya menjadi vegetarian, saya lihat Greta semakin bersemangat selepas itu," tambahnya lagi.

Greta yang baru-baru ini dipilih sebagai Person of the Year majalah Time, sebelum ini mencetuskan fenomena apabila berjaya mengerakkan perhimpunan kesedaran alam sekitar serta kesedaran mengenai isu pemanasan global di seluruh dunia yang dihadiri ratusan ribu orang.


Tag: Greta Thunberg, alam sekitar, perubahan iklim, Sweden, Svante Thunberg, aktivis



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.