awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya kata 'stupid people', bukan 'stupid woman' - Corbyn

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2018
00:20 MYT
Saya kata 'stupid people', bukan 'stupid woman' - Corbyn
Corbyn berkata sesuatu yang tidak berapa jelas didengar semasa sesi soal jawab menteri pada sidang Parlimen di London, 19 Dis, 2018. (House of Commons/PA melalui AP)
Walaupun berjaya dirakam kamera, Ketua Pembangkang Jeremy Corbyn menafikan beliau ada melontarkan perkataan 'stupid' (bodoh) terhadap Perdana Menteri Theresa May ketika Parlimen Britain bersidang pada Rabu.
Beliau sebaliknya mendakwa, tuduhan ke atasnya itu dibuat sebagai cubaan mengalih tumpuan terhadap perdebatan mengenai masa depan negara itu susulan langkah Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.
"Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya. Saya merujuk kepada mereka yang saya percaya cuba mengubah bahas mengenai krisis nasional menjadi isu remeh, sebagai 'stupid people' (orang-orang yang bodoh).
"Saya tidak gunakan perkataan 'stupid woman' terhadap Perdana Menteri atau sesiapa juga, dan saya dengan sekeras-kerasnya menolak menggunakan bahasa seksis dalam apa jua bentuk," kata Corbyn, ketua parti Labour.
Terdahulu, tindakan Corbyn yang menggunakan kata-kata kesat di dalam Dewan mencetus kemarahan Ahli Parlimen dari Konservatif yang mendesak beliau meminta maaf.
Sir Patrick McLoughlin berkata: "Tuan Speaker, anda mungkin tidak nampak ketika sesi soal jawab, apabila ketua pembangkang duduk, beliau mengomel dengan agak jelas.
"(Dia) Menuduh perdana menteri sebagai perempuan bodoh. Dalam buku panduan yang anda keluarkan minggu ini, perkataan yang digunakan itu adalah tidak sopan. Mohon beliau kembali ke dewan dan memohon maaf."
Sementara itu, Anna Soubry, berkata: Sekiranya rakan saya di sebelah sini Dewan menggunakan ekspresi itu terhadap seorang wanita di barisan hadapan pembangkang, saya pasti Tuan Speaker akan mengambil tindakan dengan serta merta.
"Ini tidak boleh diterima. Tuan Speaker perlu bersikap adil dan mengambil kira pandangan wanita dalam Dewan ini. Kami sudah penat selama berabad lama dibuli oleh lelaki," katanya.
Topic Berkaitan
#bodoh
#Brexit
#debat
#Jeremy Corbyn
#Kesatuan Eropah
#Ketua Pembangkang
#parlimen britain
#Perdana Menteri
#stupid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan