Isteri kepada salah seorang daripada dua wartawan Reuters yang dipenjara di Myanmar merayu Aung San Suu Kyi supaya membebaskan suaminya demi anak mereka yang masih kecil.

Isteri Kyaw Soe Oo, Chit Su Win, 23 tahun, menitiskan air mata, ketika meminta penerima Hadiah Nobel Keamanan itu supaya membebaskan suaminya dan bapa kepada anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.

“Saya mahu suami saya pulang. Saya menangis setiap kali anak perempuan saya bertanyakan mengapa bapa tidak ada bersama. Adakah dia tidak menyayangi saya?”

BACA: Wartawan dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara

BACA: Wartawan didakwa cabul Akta Rahsia Rasmi Myanmar


Disember lalu, Wa Lone dan Soe Oo ditahan selepas dituduh mempunyai bukti tentang pembunuhan 10 lelaki Rohingya oleh pasukan pertahanan di sebuah perkampungan di Inn Din dekat utara Rakhine.

BACA: Wartawan Reuters ditahan, PBB suara kerisauan

Kes penangkapan berkenaan menarik perhatian dunia tentang bagaimana teruknya kebebasan akhbar di bawah kerajaan Penasihat Negara Aung San Suu Kyi. - Agensi