REMAJA Australia, William Connolly yang kini digelar 'EggBoy' mengakui dirinya berasa malu dengan perhatian yang diterima selepas popular dengan klip video tularnya itu.
Conolly yang berasal dari Hampton, Melbourne, menjadi subjek perbualan di internet selepas dia memecahkan telur ayam di kepala Senator Fraser Anning, yang mengaitkan kejadian serangan pengganas di Christchurch itu secara langsung berpunca daripada orang Islam sendiri.
Semasa ditemu bual dalam program The Project Australia, Connolly telah mendedahkan faktor yang mendorongnya untuk berbuat demikian.
Jelas Connolly, yang menyifatkan dirinya pro-kemanusiaan berbanding cenderung pada politik, berkata dia telah mendengar Anning bercakap selama sejam sebelum membuat keputusan untuk memecahkan telur itu di kepalanya.
"Saya fikir ia adalah salah serta memalukan," ujarnya.
Dia juga mengakui bahawa perbuatannya itu tidak seharusnya dilakukan.
"Saya tidak jangka dia akan membalas, saya sangka saya dapat berjalan keluar terus dari situ. Saya tidak sangka perkara itu 'meledak' menjadi besar.
"Malah ia 'meledak' sepenuhnya hingga ke tahap yang memalukan kerana terlalu banyak perhatian netizen dituju kepada insiden telur itu berbanding isu mangsa yang terkorban.
“Saya sedar apa yang saya buat bukan perkara yang betul (untuk dicontohi). Namun, telur itu telah menyatukan manusia, dan sumbangan dana sudah dikumpulkan, puluhan ribu dolar telah dikumpul untuk mangsa-mangsa itu," ujarnya.
Sementara itu, Connolly juga menerusi akaun Twitter menyatakan bahawa dia melancarkan dana untuk mangsa serangan masjid di Christchurch.
BACA: "The Eggboy boleh jadi calon menantu"- Nancy Lee Grahn
Dalam program yang sama, sedutan temu bual dengan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern juga ditayangkan.
Ardern berkata, dirinya mengambil masa untuk memproses hakikat bahawa penyerang dalam insiden di Christchurch adalah warga negara Australia yang tinggal di New Zealand.
"Itu berita yang memerlukan masa untuk diproses, tapi berpegang kepada fakta bahawa penyerang itu bukan warga New Zealand, itu membantu mereka untuk memproses apa yang telah berlaku di sini," katanya.
Apabila ditanya sama ada serangan tersebut adalah luar biasa kerana komuniti yang sering dianggap sebagai pencetus masalah kini telah menjadi mangsa, Ardern menjawab "itu bukan kali pertama terjadi".
"Kita perlu mengakui bahawa sasaran sebegini pernah berlaku sebelum ini. Ini bukan pertama kali. Oleh sebab itulah, istilahnya jelas - ini adalah serangan pengganas," tegas Ardern.
Agensi
Mon Mar 25 2019
Insiden memecahkan telur ayam di kepala Anning membuatkan Connolly terkenal dan dipuji kerana keberaniannya. - Gambar fail
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.