awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dibenar tangguh bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga Raymond Koh
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah-sekolah di Bangkok ditutup ekoran kualiti udara teruk

Bernama
Bernama
21/01/2020
23:02 MYT
Sekolah-sekolah di Bangkok ditutup ekoran kualiti udara teruk
Kualiti udara di Bangkok berada pada tahap tidak sihat. -Foto Bernama
Semua 437 sekolah di ibu negara Thailand akan ditutup esok ekoran keadaan jerebu yang teruk seluruh kota raya itu.
Jurucakap Bangkok Metropolitan Administration (BMA) Pongsakorn Kwanmuang berkata kualiti udara di bandar raya itu berada pada tahap tidak sihat.
"Semua kelas di 473 sekolah akan ditutup selama sehari, pada hari Rabu. Kita akan buat penilaian keadaan sekali lagi kemudian, untuk hari berikutnya," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Beliau berkata BMA akan melaksanakan pelbagai langkah dalam menangani kehadiran kabus tebal yang boleh membawa ancaman kesihatan kepada orang ramai itu.
Katanya BMA telah mengambil beberapa tindakan dalam mengani keadaan itu, termasuk menukar tempoh waktu kerja dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang kepada 10 pagi sehingga 6.00 petang berkuat kuasa esok sehingga kuali udara bertambah baik.
"Ia bertujuan mengurangkan pelepasan asap tebal semasa waktu puncak," katanya.
Pongsakorn berkata BMA juga akan mengedar 450,000 penutup hidung dan mulut di 68 unit rawatan kesihatan dan 50 pejabat daerah di bandaraya.
"Kita akan bekalkan penutup hidung dan mulut ini di sekolah-sekolah, stesen tren, serta stesen bas," katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar ketika ini, sehingga keadaan pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#jerebu
#kualiti udara
#Pongsakorn Kwanmuang
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan