awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak

Sekurang-kurangnya 36 maut di Mesir dalam serangan bom di gereja

Agensi
Agensi
09/04/2017
09:42 MYT
Sekurang-kurangnya 36 maut di Mesir dalam serangan bom di gereja
Suasana orang berkumpul di gereja Koptik yang menjadi sasaran pengebom di Tanta pada Ahad. - Reuters
Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam insiden letupan bom di dua gereja Kristian Koptik pada Ahad, dalam kes serangan terkini oleh militan ke atas penganut agama minoriti.
Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, yang berlaku seminggu sebelum sambutan Easter Koptik dan dalam bulan yang sama Pope Francis dijadual melawat Mesir.
Letupan pertama berlaku di Tanta, iaitu di delta Sungai Nil kurang dari 100 kilometer di pinggir Kaherah, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan 78 yang lain.
Letupan kedua berlaku beberapa jam kemudian oleh pengebom bunuh diri di Iskandariah, yang menjadi tempat tinggal Pope Koptik. Insiden itu membunuh 11 orang termasuk tiga anggota polis dan mencederakan 35 yang lain.
Pope Tawadros yang menghadiri perhimpunan mingguan di Katedral Saint Mark, masih berada dalam bangunan sewaktu letupan terjadi namun selamat.
Kumpulan militan Daish di Mesir yang telah menyebabkan konflik di Semenanjung Sinai sejak beberapa tahun, telah menggiatkan serangan terhadap penganut Kristian di Mesir kebelakangan ini.
Serangan pengebom bunuh diri di katedral Koptik terbesar di Kaherah telah meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa dan mencederakan lagi puluhan orang pada Disember lalu.
Komuniti Kristian Mesir bimbang tentang soal keselamatan sejak pengaruh Daish merebak di Iraq dan Syria pada 2014, dan mengancam penganut agama minoriti.
Pada 2015, 21 Kristian Mesir yang bertugas di Libya maut angkara Daish.
Tanta juga menjadi sasaran penyerang awal bulan ini apabila seorang anggota polis terbunuh dan 15 lagi cedera akibat satu letupan bom berdekatan pusat latihan polis.
Topic Berkaitan
#bom bunuh diri
#daish
#gereja Kristian Koptik
#katedral
#serangan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.