awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 84 terbunuh dalam 'serangan' trak Nice

AFP
AFP
14/07/2016
23:25 MYT
Sekurang-kurangnya 84 terbunuh dalam 'serangan' trak Nice
Pegawai polis dan petugas penyelamat berdiri berhampiran sebuah van yang merempuh ke arah orang ramai yang sedang meninggalkan satu pertunjukan bunga api di bandar French Riviera, Nice pada 14 Julai, 2016. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh dan ramai lagi cedera apabila sebuah trak merempuh orang ramai di sebuah resort di Nice, selatan Perancis, selepas satu pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille, menurut pendakwa.
Menurut laporan AFP, pemandu lori itu ditembak mati selepas kejadian itu yang menyaksikan ratusan orang yang ketakutan melarikan diri dan meninggalkan kawasan tepi pantai itu yang berselerak dengan jasad mangsa.
"Seseorang memandu sebuah lori ke arah orang ramai. Dia telah dibunuh oleh polis," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet.
Gambar yang diperolehi menunjukkan bahagian depan trak itu penuh dengan kesan tembakan dan rosak teruk, dengan tayarnya pecah.
Pegawai kerajaan tempatan Sebastien Humbert menyifatkan kejadian itu ‘serangan jenayah yang besar’.
Sementara itu, Robert Holloway, wartawan AFP yang terlihat trak putih itu dipandu laju di jalan tepi pantai, menyifatkan keadaan itu "huru-hara sama sekali.”
“Kami nampak orang dilanggar dan cebisan serpihan berterbangan. Beratus-ratus orang yang berada di tempat kejadian berlari sambil menjerit," katanya.
Menurut pendakwa raya Nice, Jean-Michel Pretre, trak itu dipandu dua kilometer (1.3 batu) sebelum merempuh orang ramai yang sedang menonton bunga api.
Saksi-saksi kejadian itu memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa mayat bergelimpangan di tempat kejadian dan ditutupi dengan kain.
Presiden wilayah itu Christian Estrosi berkata, 77 orang terbunuh sementara ramai lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Estrosi berkata, trak itu mengandungi "senapang" dan "senjata lebih besar".
Gambar menunjukkan mayat seseorang terbaring selepas sebuah trak merempuh orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice pada 15 Julai, 2016. - Foto AFP
Gambar menunjukkan mayat seseorang terbaring selepas sebuah trak merempuh orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice pada 15 Julai, 2016. - Foto AFP
Pertumpahan darah itu terjadi lapan bulan selepas serangan jihad oleh kumpulan Daish di tempat hiburan malam di Paris yang mengorbankan 130 orang.
Perancis telah menjadi sasaran utama kumpulan itu beberapa kali dan telah berada di bawah keadaan darurat sejak itu, dengan keselamatan diperketatkan di seluruh negara tersebut.
Serangan ini berlaku hanya beberapa jam selepas Perancis mengumumkan bahawa darurat diisytiharkan selepas serangan November lalu.
Presiden Francois Hollande berkata perintah itu tidak akan diperbaharui selepas 26 Julai, kerana satu undang-undang baru bagi memperkasa keselamatan di Perancis telah diterima pakai sejak Mei.
Topic Berkaitan
#Nice
#rempuh
#serangan
#trak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan