Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 225 lagi cedera dalam kejadian bangunan runtuh akibat gempa bumi yang melanda Hualien, tengah malam semalam.
Selain beberapa bangunan runtuh, laporan mendakwa 145 mangsa dikhuatiri masih hilang.
Pasukan penyelamat bekerja keras menyelamatkan mangsa hingga ada yang menggunakan tangan bagi mengorek timbunan bangunan tersebut.
Menurut pihak berkuasa, gempa bumi itu telah mengakibatkan kawasan sejauh 22 kilometer terjejas termasuk hospital ketenteraan.
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda timur Taiwan malam semalam, menyebabkan sebuah hotel runtuh.
Pihak kerajaan Taiwan memberitahu, beberapa rakyat Jepun, China, dan Republik Czech turut menjadi mangsa.
Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, meninjau tempat kejadian dan menggesa pihak berkepentingan melancarkan operasi menyelamat dengan segera.
Beberapa jalan raya rosak teruk dan pihak kecemasan berjaya menenteramkan orang awam yang trauma.
Pengusaha restoran, Lin Ching-wen memberitahu, ketika kejadian berlaku, restorannya sedang beroperasi seperti biasa.
“Saya sempat menarik isteri dan anak-anak menyelamatkan diri selain cuba membantu orang ramai,” katanya.
Pada tahun 2016, seramai 100 mangsa terbunuh akibat gempa bumi mencecah 7.6 Skala Ritcher di Selatan Filipina.
Reuters
Wed Feb 07 2018
Seorang anggota polis mengawal sebuah bangunan yang hampir runtuh akibat gempa bumi di Hualien, Taiwan Februari 7, 2018. - REUTERS
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Tiga PPS dibuka di Melaka tempatkan 122 mangsa setakat 8 pagi
Satu PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Japerun Ayer Keroh pada 11 malam tadi yang menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga.
Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa
Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Peniaga jadi mangsa 'phone scam', rugi RM692,500
Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM692,500 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan 'phone scam'.
Teks ayat, cara tulisan diberi Ebit Lew sama dengan mangsa lain - Saksi
Saksi itu memberitahu beliau membuat laporan polis di IPD Bukit Aman pada 7 Ogos 2021, selepas membaca hantaran di Facebook oleh saksi pendakwaan pertama.
Mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang yang beradadi dua pusat pemindahan sementara di Dungun setakat jam 6 pagi Rabu.
PPS di Johor tutup, mangsa di dua negeri tidak berubah
Satu PPS terakhir yang menempatkan 29 mangsa banjir daripada sembilan keluarga di Kota Tinggi, Johor ditutup.
Keadaan banjir di Dungun semakin pulih
Seramai 226 mangsa daripada 61 keluarga sudah dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Shukor.
Mangsa banjir di Terengganu kekal 63, enam PPS dibuka - NADMA
Situasi banjir di Terengganu tidak berubah dengan mangsa kekal 63 orang daripada 17 keluarga setakat 6 pagi ini.
Johor, Sarawak masih dilanda banjir
Secara keseluruhannya, sehingga jam 6 pagi Ahad, terdapat 494 mangsa masih berlindung di lima PPS.